notification number | nombor pemberitahuan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Nombor yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menyatakan suatu produk kosmetik boleh dijual. Nombor pemberitahuan unik untuk setiap produk dan variannya (jika ada) seperti dalam format berikut: NOTyymmxxxxxK (y: tahun, m: bulan, x: nombor siri). Pemegang Pemberitahuan Kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan kesahan nombor pemberitahuan produknya di pasaran. Nombor pemberitahuan sedia ada akan dikekalkan untuk pemberitahuan produk yang telah diperbaharui sebelum tarikh luput. Nombor pemberitahuan baharu akan diberikan untuk produk yang tidak diperbaharui dalam tempoh masa yang ditetapkan dan bagi produk yang telah mengalami perubahan yang memerlukan pemberitahuan baharu. Sinonim nombor notifikasi. |
batch number | nombor kelompok | Herba | Tiada | Kod yang terdiri daripada gabungan nombor dan huruf yang mempunyai ciri tersendiri. Nombor ini digunakan untuk mengecam satu kelompok yang terhasil dalam satu proses pengeluaran. Nombor kelompok perlu dinyatakan pada setiap label produk akhir dan ditulis dalam rekod kelompok dan sijil analisis. Sinonim nombor lot. |
product registration number | nombor pendaftaran produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Nombor yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menyatakan sesuatu produk herba boleh dijual. Nombor pendaftaran bagi setiap produk adalah unik. Nombor pendaftaran produk dimulakan dengan huruf ’MAL' yang diikuti dengan 8 angka, dan diakhiri dengan kod produk. Contoh nombor pendaftaran MAL12345678T. Kod produk adalah seperti yang berikut: A: Ubat terkawal (Ubat preskripsi), X: Ubat terkawal tanpa preskripsi, T: Ubat tradisional dan N: Tambahan kesihatan. |
oxidation number | nombor pengoksidaan | Kimia | Kimia Analisis | Bilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkirkan daripada anion untuk mendapatkan atom neutral. Misalnya, dalam natrium klorida, nombor pengoksidaan bagi natrium ialah + 1 dan bagi klorin, nombor pengoksidaannya ialah – 1. Nombor pengoksidaan juga disebut keadaan pengoksidaan. |
batch number | nombor kelompok | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Nombor, huruf atau gabungan kedua-duanya yang digunakan untuk mengenal pasti suatu kelompok bahan atau produk herba. Nombor kelompok membolehkan riwayat lengkap kelompok tersebut termasuk semua tahap pengeluaran, kawalan kualiti dan pengedaran dapat dikesan dan dikaji semula. Nombor kelompok dicetak pada bekas dan bungkusan luar produk. |
electronic magic number | nombor ajaib elektron | Fizik | Nanoteknologi | Angka 2, 10, 18, 36, 54, dan 86, yang sepadan dengan jumlah nombor elektron dalam petala elektron yang penuh. Unsur kimia yang mempunyai nombor atom yang sama dengan salah satu nombor ajaib ini, biasanya berada pada keadaan stabil secara kimia. |
motor octane number | nombor oktana motor | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan secara komersial. Nilai nombor oktana motor adalah lebih rendah daripada nilai RON dan berbeza dari segi kepekaan. Singkatan MON. |
research octane number | nombor oktana penyelidikan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan dalam penyelidikan dan dalam rujukan jurnal. Nilai nombor oktana penyelidikan adalah lebih tinggi daripada nilai MON dan ber- beza dari segi kepekaan. Singkatan RON. |
personal identification number (PIN) | nombor pengenalan peribadi (PIN) | Teknologi Maklumat | Tiada | Rentetan nombor yang digunakan dalam proses penyahihan pengguna dan biasanya digunakan bersama token keselamatan seperti kad jalur magnet dan kad pintar. Nombor pengenalan peribadi selalunya digunakan pada alat capaian awam yang mempunyai kaedah input terhad seperti pad numerik dan memerlukan proses pencapaian segera seperti pad kekunci pintu. |
octane number | nombor oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor yang mewakili purata campuran mengikut nisbah isi padu antara iso-oktana (CH) yang diberi indeks 100 dengan heptana normal (C,H,,) yang diberi indeks 0. Nilai ini berkadaran dengan keamatan ketukan bahan api tertentu dalam enjin piawai dalam keadaan operasi tertentu. Nombor oktana digunakan untuk menggredkan bahan api gasolin. Sinonim pengkadaran oktana. |