non-fiction | non-fiksyen | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera bukan dalam bentuk cerita. |
non-fiction | non-fiksyen | Kesusasteraan | Tiada | Penulisan yang memberikan maklumat atau menghuraikan peristiwa sebenar, berbanding dengan cerita rekaan. |
non est factum | non est factum | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Malaysian Standards (MS) | Standard Malaysia (MS) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Dokumen standard rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk keperluan industri di Malaysia. Contoh standard NDT yang dikeluarkan oleh JSM adalah seperti yang berikut: (i) MS ISO 16809:2017 – Non-Destructive Testing Ultrasonic Thickness Measurement, (ii) MS 1317:2007 – Non-Destructive Testing of Welds – Radiographic Testing of Fusion – Welded Joints (Second Revision), (iii) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (iv) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (v) MS ISO 9712:2014 – Non-Destructive Testing – Qualification and Certification of NDT Personnel (ISO 9712:2012, IDT), (vi) MS ISO 3452-1:2014 – Non-Destructive Testing- Penetrant Testing – Part 1: General Principles (ISO 3452-1:2013, IDT), (vii) MS ISO 3452-2:2014 – Non-Destructive Testing– Penetrant Testing – Part 2: Testing of Penetrant Materials (ISO 3452-2:2013, IDT), (viii) MS ISO 3452-3:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 3: Reference Test Blocks (ISO 3452-3:2013, IDT), (ix) MS ISO 3452-4:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 4: Equipment (ISO 3452- 4:1998. IDT), (x) MS ISO 3452-5:2014 – Non-Destructive Testing– Penetrant Testing – Part 5: Penetrant Testing At Temperatures Higher Than 50°C (ISO 3452- 5:2008, IDT), (xi) MS ISO 3452-6:2014 – Non-Destructive Testing –Penetrant Testing – Part 6: Penetrant Testing At Temperatures Lower Than 10°C (ISO 3452- 6:2008, IDT), dan MS ISO 17636-1:2017 – Non-Destructive Testing Of Welds – Radiographic Testing – Part 1: X- and Gamma-Ray Techniques with Film (Third Revision) (ISO 17636-1:2013, IDT) |
non-conductor | bukan pengalir | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Perihal bahan yang boleh menghalang arus elektrik mengalir melaluinya. |
non-focalization | bukan fokalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Sudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas. |
non-test-based strategy | strategi tak berasaskan ujian | Kesihatan Awam | Tiada | Langkah yang diambil tanpa berdasarkan ujian, seperti penyembuhan individu daripada penyakit berjangkit. Melalui kaedah ini, pemantauan dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari selepas individu menunjukkan gejala, sihat sekurang-kurangnya 72 jam dan pengurangan demam tanpa penggunaan sebarang ubat. |
non-invasive ventilation (NIV) | ventilasi tak invasif | Perubatan | Tiada | Penggunaan bantuan pernafasan buatan, biasanya menggunakan kaedah mekanikal untuk membantu atau menggantikan cara pernafasan biasa, iaitu tanpa memerlukan pembedahan yang menembusi mulut, hidung, atau kulit. |
non-touch technique | teknik tak sentuh | Sains Kesihatan | Tiada | Teknik yang digunakan tanpa sentuhan dengan tangan atau anggota badan lain. |
non-verbal | bukan lisan | Sains Kesihatan | Tiada | Bentuk komunikasi yang terhasil daripada penggunaan selain bunyi pertuturan. |