mixing number | nombor campuran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor tak bermatra yang menghubungkan masa pengadukan dengan darjah pencampuran bendalir. Nombor ini ialah hasil darab nombor Reynolds, faktor bentuk dan nt, dan diungkapkan oleh Nt = ReS1 nt, dengan Nt = nombor campuran, Re = nombor Reynolds, S1 = faktor bentuk, n = halaju putaran/masa (s-1), t = masa pengadukan (s). Faktor bentuk bagi sistem pendesak ialah S1 = Dt/Da, dengan Dt = garis pusat tangki (m), Da = garis pusat pendesak (m). Nombor campuran juga boleh diungkapkan sebagai dengan t = masa pengadukan (s), m = kelikatan dinamik (poise), r = ketumpatan (kg/m2), Dt = garis pusat tangki (m). |
NTFS (NT file system) | NTFS (sistem fail NT) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem fail dalam Windows NT yang menggunakan aksara unikod dan membolehkan nama fail sehingga 255 aksara panjang. |
universal gas constant | pemalar gas semesta | Kimia | Tiada | Pemalar perkadaran, R, yang terdapat dalam persamaan hukum gas, R = PV/nT, apabila P ialah tekanan, V ialah isi padu, T ialah suhu mutlak dan n ialah bilangan mol gas unggul. Dalam unit SI, R bersamaan dengan 8.314 J K‑1mol‒1 (atau Pa m3 – mol‒1K‒1). |
VDM (virtual DOS machine) | VDM (mesin DOS maya) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sesi DOS yang dicipta oleh OS/2 dan Windows NT untuk menjalankan aplikasi DOS atau Windows 16-bit individu. |
encrypting file system | sistem fail penyulitan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem fail yang terdapat dalam sistem pengendalian Windows, seperti Windows NT dan Windows XP untuk membolehkan data disulitkan. Sistem fail ini melakukan penyulitan terhadap sistem fail NTFS dengan menggunakan kaedah kriptografi kekunci awam. |
Internet information server [IIS] | pelayan maklumat Internet (IIS) | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu kumpulan pelayan Internet termasuk pelayan http dan pelayan ftp dengan keupayaan tambahan untuk sistem pengendalian pelayan windows NT Microsoft dan Windows 2000. IIS merupakan produk Microsoft untuk bersaing dengan pasaran pelayan Internet yang telah disertai oleh Apache, Sun Microsystems dan O'reilly. Dengan IIS, Microsoft turut menambah set atur cara untuk membina dan mentadbir tapak web, enjin pencari dan menyokong penulisan aplikasi berasas web yang mencapai pangkalan data. |
authentication | pengesahan | Teknologi Maklumat | Tiada | Langkah keselamatan atau teknik yang memerlukan pengguna mencapai sumber dalam Internet atau Intranet dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan. Rangkaian klien/pelayan seperti Windows NT dan sesetengah tapak web memerlukan identiti seseorang disahkan sebelum dibenarkan mencapai fail. Langkah ini adalah untuk menentukan pengguna ialah pengguna yang dibenarkan. |
NetWare | NetWare | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang dicipta oleh Novell. NetWare paling banyak dipasang sebagai sistem pengoperasian pelayan rangkaian. Perisian ini kini berjaya menjadi sebahagian daripada rangkaian besar dan heterogen termasuklah Internet. NetWare bersaing dengan sistem pengoperasian NT oleh Microsoft Windows. NetWare menggunakan jujukan log masuk selamat yang melaksanakan skema pengesahan kekunci awam dan persendirian untuk memantau dan merakam peristiwa seluruh rangkaian. |
Network operating system | sistem pengendalian rangkaian | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem yang direka bentuk untuk pelayan bagi mengurus dan mengawal operasi rangkaian. Sistem ini membolehkan ramai pengguna mencapai sumber dan menggunakan khidmat komputer hos serentak. Contohnya Solaris, AIX dan Windows NT. Lihat sistem pengendalian. |
domain | domain | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Dalam Internet, domain terdiri daripada satu set alamat rangkaian. Domain ini diurus secara aras. Aras teratas menentukan kawasan geografi atau tujuan kesepunyaan. Aras kedua menentukan suatu kawasan unik dalam domain teratas. 2. Dalam Windows NT dan Windows 2000, satu domain ialah satu set sumber rangkaian seperti aplikasi, pencetak dan lain-lain untuk sekumpulan pengguna. Pengguna perlu log masuk ke dalam domain untuk mencapai sumber, yang mungkin ditempatkan dalam pelayan yang berbeza dalam rangkaian. |