nuclear security event | peristiwa sekuriti nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peristiwa yang memberi kesan sebenar atau berpotensi memberi kesan kepada sekuriti nuklear. Peristiwa sekuriti nuklear mesti ditangani. |
nuclear installation | pepasangan nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kemudahan nuklear berlesen yang terlibat dengan kitaran bahan api nuklear, selain daripada kemudahan melombong dan memproses bijih uranium atau torium, dan selain daripada kemudahan pelupusan sisa radioaktif. |
nuclear material accounting | perakaunan bahan nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Aktiviti untuk menentukan jumlah dan perubahan jumlah bahan nuklear yang terdapat di dalam kawasan yang ditetapkan dalam tempoh tertentu. Contoh aktiviti tersebut ialah penentuan kawasan perakaunan, penyimpanan rekod, pengukuran bahan nuklear, penyediaan dan penyerahan laporan perakaunan, dan pengesahan ketepatan maklumat. |
nuclear material control | kawalan bahan nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Sistem yang digunakan untuk mengambil kira dan mengawal semua bahan nuklear yang tertakluk dalam kawal guna dan kawal selia. Sistem ini termasuklah langkah kawalan dan pelaporan jumlah sebenar serta pergerakan bahan nuklear di dalam semua kawasan imbangan bahan pada bila-bila masa. |
nuclear island | pulau nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Bahagian khusus loji kuasa nuklear yang merangkumi struktur, sistem dan komponen yang terlibat dengan penjanaan stim dalam sistem penyejukan primer. |
nuclear facility | kemudahan nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Infrastruktur yang terdiri daripada bangunan, pepasangan dan peralatan yang berkaitan dengan penghasilan, pemprosesan, penggunaan, pengendalian, penyimpanan dan pelupusan bahan nuklear. |
nuclear security | sekuriti nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses yang tidak dibenarkan, pemindahan haram atau perbuatan berniat jahat lain yang melibatkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti yang berkaitan dengannya. Lihat juga nuclear security event. |
safeguards | kawal guna; kawal selia | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | 1) Kawal guna: Kawalan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan. 2) Kawal selia: Penyeliaan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan. |
nuclear material accounting and control (NMAC) | perakaunan dan kawalan bahan nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Langkah bersepadu dan lengkap yang direka bentuk untuk menyediakan maklumat berkaitan kawalan dan jaminan atas kehadiran bahan nuklear. |
conventional island | pulau konvensional | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Bahagian khusus loji kuasa nuklear yang merangkumi struktur, sistem dan komponen selain daripada pulau nuklear. Pulau konvensional menggunakan haba yang dihasilkan oleh reaktor nuklear untuk menjana tenaga elektrik. |