nuclear interaction | saling tindak nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Sistem daya tukaran dalam nukleus yang menyebabkan nukleus tersebut bersatu. |
nucleus | nukleus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu jisim protoplasma yang berbentuk sfera dan diselaputi membran berganda. Nukleus juga dikenali sebagai pusat kawalan dan wujud dalam semua sel eukariot termasuk sel tunggal, haiwan, manusia dan tumbuhan. Nukleus menyimpan maklumat tentang genetik dan mengawal ciri keturunan organisma. Nukleus bertanggungjawab dalam sintesis protein serta dalam pembahagian, pertumbuhan dan pembezaan sel. Nukleus memenuhi 10% daripada isi padu sel. |
scattering length | panjang penyerakan | Fizik | Nanoteknologi | Jarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser. |
nuclear physics | fizik nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Kajian sains ke atas nukleus, zarah subatom dan tindak balas nukleus. |
meiosis | meiosis | Kejururawatan | Tiada | Proses pembahagian nukleus sel seks yang membahagikan nukleus diploid menjadi pecahan empat nukleus haploid. Ia melibatkan dua proses pembahagian meiosis pertama dan meiosis kedua. |
chemical shift | anjakan kimia | Kimia | Kimia Analisis | Anjakan spektrum resonans magnet nukleus yang berlaku akibat daripada pemerisaian diamagnetik sesuatu nukleus oleh elektron yang mengelilingi nukleus itu. |
femtometer | femtometer | Fizik | Nanoteknologi | Unit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer. |
nuclear magnetic resonance spectroscopy | spektroskopi resonans magnet nukleus | Herba | Tiada | Kaedah analisis spektroskopi yang berdasarkan penyerapan tenaga sinaran frekuensi radio oleh nukleus (1H, 13C, 19F) dalam medan magnet. Kaedah ini biasanya digunakan untuk elusidasi struktur komponen kimia tulen yang dipencilkan daripada bahan herba. Spektrum resonans magnet nukleus suatu bahan herba juga digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik. |
nuclear precession | peliukan nukleus | Kimia | Kimia Analisis | Proses pergerakan nukleus secara meliuk pada arah yang sama apabila dikenakan kilas kepada momen magnet oleh medan magnet pada sebarang sudut momen. |
nuclear radius | jejari nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Purata jejari bagi isi padu yang mengandungi jirim nukleus. |