Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.la] | ڽالا

Definisi : ; ~ api lidah api: fosforus terbakar dlm oksigen dgn mengeluarkan ~ kuning; padam ~ tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam; bernyala, menyala 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; menyalai memasang supaya menyala;menyalakan 1. menjadikan bernyala, meng­hidupkan api, membiarkan menyala: dgn per­lahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; penyalaan perbuatan atau hal me­nyala­(kan); penyala alat utk menyalakan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.la] | ڽالا

Definisi : , = ~ api gas yg terbakar yg disertai cahaya dan haba (spt yg kelihatan pd api); lidah api. bernyala, menyala 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. me­nyalai memasang api pd sesuatu; memberi nyala pd: ~ lampu; ~ lilin. menyalakan 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hen­dak ~ api jika tidak ada mancis? 2 men­jadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. penyalaan perbuatan (hal dsb) me­nyala, menyalai atau menyalakan. penya­la alat utk menyalai atau utk menyalakan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyala (kata nama)
Bersinonim dengan api, lidah api;,
Kata Terbitan : menyala, menyala-nyala, menyalakan,

Puisi
 

Encik Mat Tahir pengasuhnya,
     Muara peti pandai menyala;
Ambillah air buat pembasuhnya,
     Hiduplah api menyala-nyala.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flat flamenyala datar/nyala rataFizikHabaNyalaan berbentuk leper hasil pembakaran campuran bahan api dan udara yang keluar menerusi muncung segi empat bujur.
flame resistancerintangan nyala; ketahanan nyalaKimiaTiadaTiada
flame photometryfotometri nyalaGeologiTiadaPengukuran keamatan garis dalam suatu spektrum nyala dengan menggunakan fotometer nyala.
flame photometryfotometri nyalaKimiaTiadaPengukuran keamatan garis dalam suatu spektrum nyala dengan menggunakan fotometer nyala.
oxyacetylene flamenyala oksiasetilenaKimiaTiadaNyala yang bersuhu tinggi (kira-kira 3300°C) yang diperoleh daripada pembakaran asetilena dengan oksigen. Nyala ini digunakan dalam kerja-kerja pengimpalan.
air-acetylene flamenyala udara-asetilenaKimiaTiadaNyala yang bersuhu tinggi yang diperoleh daripada pembakaran asetilena di dalam udara. Nyala ini digunakan dalam kerja-kerja pengimpalan.
flame retardantagen pelambat nyalaKimiaTiadaBahan, seperti borat dan fosfat, yang digabungkan dengan bahan yang mudah terbakar untuk mengurangkan atau mencegah terjadinya kebakaran apabila bahan tersebut terdedah kepada nyala yang bertenaga rendah, seperti nyala mancis atau api rokok. Agen ini digunakan untuk membuat permaidani dan plastik.
oxyhydrogen flamenyala oksihidrogenGeologiTiadaNyala yang diperoleh daripada pembakaran campuran oksigen dan hidrogen.
luminous flamenyala berkilauKejuruteraanTiadaNyala yang mengandungi zarah-zarah membara daripada karbon pepejal disebabkan oleh pembakaran tak lengkap.
hydrogen flamenyala hidrogenKimiaTiadaNyala yang terhasil daripada pembakaran gas hidrogen.
12345678910...

Kembali ke atas