Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.ta] | ڽات

Definisi : 1. jelas dan terang (pd pendengaran, pelihatan): dr jauh tampak ~ lembaga itu; 2. nampak dgn terang, ketara: makin aku perhatikan orang itu, makin ~ tujuannya; 3. benar-benar ada, maujud, wujud: alam yg ~; menyatakan 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; ternyata 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; ke­sa­lahannya sudah ~; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar; kenyataan 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; pernyataan 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ ke­percayaan dan pengetahuan tentang ber­cucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; penyataan perbuatan menyatakan (me­la­hirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat; penyata sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.ta] | ڽات

Definisi : 1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahat­nya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. pernyataan sesuatu yg dinyata­kan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pe­mak­luman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Puisi
 

Kain putih satu hasta,
     Dikoyak-koyak tinggal sejengkal;
Pandanglah saya nyata-nyata,
     Balik ke kampung jangan menyesal.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Bermaksud :

Terang atau nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
material misrepresentationsalah nyata fakta mataninsuransTiadaPemalsuan fakta matan dengan mengguna apa-apa cara jua. Jika syarikat insurans mengetahui hal sebenarnya, ia tidak akan menginsuranskan risiko tersebut. Salah nyata fakta matan memberi hak kepada syarikat insurans untuk mengetepikan kontrak.
real-time polymerase chain reactiontindak balas rantai polimerase masa nyataKesihatan AwamTiadaTeknik biologi molekul untuk menambah bilangan DNA sasaran. Hasil PCR ini ditentukan kuantitinya pada setiap kitar dalam masa nyata untuk menganalisis pengekspresan DNA sasaran.
real-time polymerase chain reaction (PCR)tindak balas berantai polimerase masa nyata (PCR)BioinformatikBioinformatik MolekulTeknik biologi molekul untuk menambah bilangan DNA sasaran. Hasilan PCR ini ditentukan kuantitinya pada setiap kitar dalam masa nyata untuk menganalisis pengekspresan pembezaan DNA sasaran.
real-time reverse transcription-polymerase chain reaction (rRT-PCR)tindak balas rantai polimerase balikan masa nyata (rRT-PCR)Kesihatan AwamTiadaTeknik untuk mengesan kehadiran virus di dalam badan pesakit dengan menggunakan transkriptase balikan bagi menghasilkan DNA pelengkap (cDNA) dari templat RNA. DNA pelengkap ini kemudiannya disalin menggunakan tindak balas rantai polimerase (PCR) dan perubahan jumlah DNA ini direkod dalam masa nyata.
manifest strabismusstrabismus nyataSains KesihatanTiadaStrabismus yang dicirikan oleh paksi penglihatan satu mata yang menyimpang dari sasaran penglihatan.
patent defectkecatatan nyataPenilaian Harta TanahTiadaTiada
innocent misrepresentationsalah nyata ikhlasPenilaian Harta TanahTiadaTiada
express conditionsyarat nyataPenilaian Harta TanahTiadaTiada
express covenantwaad nyataPenilaian Harta TanahTiadaTiada
express easementisemen nyataPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123456

Kembali ke atas