clear liquid diet | diet cecair jernih | Sains Kesihatan | Tiada | Diet cecair jernih yang diberikan kepada pesakit sebelum dan selepas pembedahan. Contohnya, teh 'O' , kopi 'O' dan minuman glukos. |
O-ring | gelang O | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gelang yang dibuat daripada getah khas dan diletakkan di dalam pengalur untuk kedapan yang baik. |
emulsion ointment | salap emulsi | Herba | Tiada | Salap yang mempunyai bahan asas emulsi separa pepejal. Bahan asas emulsi terbahagi kepada dua jenis iaitu emulsi air dalam minyak (w/o) seperti alkohol bulu biri-biri, ester sorbitan, monogliserida dan alkohol lemak. Bahan asas bagi emulsi minyak dalam air (o/w) adalah seperti alkohol lemak tersulfat, polisorbat dan eter sitosteril makrogol. Salap emulsi w/o merupakan emolien dan pelindung yang lebih baik daripada salap emulsi o/w. Hanya salap emulsi o/w dapat dibersihkan daripada kulit atau pakaian dengan menggunakan air. Salap emulsi w/o biasanya dilarutkan dalam minyak. |
O-neck/round neck | leher bulat | Fesyen | Tiada | Bahagian leher baju yang berbentuk bulat. |
one two som | o som | Umum | Tiada | Kaedah pengundian yang dilakukan oleh kanak-kanak bagi menentukan giliran dalam sesuatu permainan. |
Chief Executiv Officer (C.E.O) | Ketua Pegawai Eksekutif (K.P.E) | Pentadbiran | Tiada | Pegawai tertinggi dalam sesebuah syarikat. |
acetylation treatment | rawatan pengasetilan | Buluh | Tiada | Pengubahsuaian sifat kimia buluh menggunakan asetik anhidrida (CH?CO)?O) untuk meningkatkan sifat tidak serap air atau hidrofobik, serta meningkatkan kestabilan dimensi dan rintang terhadap agen perosak. |
terminal hijacking | perampasan terminal | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan pengguna hasad untuk memperoleh keupayaan input dan output (I/O) pada sistem komputer sasaran yang mungkin sedang digunakan oleh pengguna lain. Pengguna hasad berkenaan boleh melihat paparan skrin komputer sasaran dan menggunakan peranti inputnya sendiri, seperti papan kekunci dan tetikus untuk mengawal dan memberi arahan kepada komputer sasaran. Serangan ini dilakukan dengan bantuan perisian kawalan jauh yang disebarkan melalui perisian kekuda Trojan atau dipasang tanpa pengetahuan pengguna sistem. Contoh perisian yang digunakan ialah Back Office, YNC dan pcAnywhere. |
ruba�i | ruba�i | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis ruba�i. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Ruba�i mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap ruba�i mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan ruba�i sebelum atau sesudahnya. Contoh ruba�i Parsi karya Abu Sa�id-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Ruba�i ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan. Dalam sastera klasik Melayu juga pernah dikarang ruba�i. Contohnya, karya Bukhari al-Jauhari dalam Taj Us-Salatin: Budi sungguh yang menunjuk insan, Insan itulah yang budiman, Haiwannya yang bukan berbudi, Rupanya insan dan adanya haiwan. |
access port | port capaian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pengenal logik atau fizikal yang digunakan oleh komputer untuk mengalamatkan terminal input/output (I/O) bagi aliran data. |