Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ok] | اوک

Definisi : sj pokok yg besar, kayunya yg keras dan kuat biasanya digunakan sbg bahan binaan, perabot dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ok] | اوک

Definisi : /ok/ nama sj pokok malar hijau yg besar dan kukuh serta berkayu keras, Quercus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fumed oakoak asapanKesenianHiasan DalamanKayu oak yang telah didedahkan kepada bahan asap ammonia. Tujuannya untuk menghasilkan permukaan oak yang kelihatan antik.
oak gallmanjakaniHerbaTiadaPuru yang dihasilkan pada pokok mempening (Quercus infectoria) akibat tindak balas pokok terhadap tusukan sejenis tebuan. Puru ini mengandungi bahan kimia tanin, asid galik dan asid elagik yang mempunyai sifat antimikrob dan boleh mengekalkan keanjalan dinding uterus. Manjakani biasanya digunakan untuk rawatan lepas bersalin.
corkgabusKesenianHiasan DalamanBahan yang diperbuat daripada kulit luar pokok oak, yang digunakan sebagai kemasan dinding dan penebat yang tidak telap air.
acornakornKesenianHiasan DalamanUkiran perhiasan yang dibuat berdasarkan imej tumbuhan atau buah-buahan, seperti pokok oak pada kayu, batu atau logam. Bentuk ukiran ini banyak terdapat pada binaan puncak tiang, kepala tangga, rel langsir atau hulu tongkat.
ashashKesenianHiasan DalamanKayu keras yang mudah dilenturkan, berwarna seakan-akan jerami dan mempunyai ira seperti kayu oak. Kayu ini banyak terdapat di negara yang mempunyai iklim suhu sederhana, seperti benua Eropah dan Amerika Utara. Kayu bermutu tinggi ini digunakan untuk menghasilkan perabot mewah atau dijadikan sebagai sebahagian daripada struktur bangunan.
gate-leg tablemeja kaki lipatKesenianHiasan DalamanMeja yang mempunyai kaki yang boleh dilipat, biasanya diperbuat daripada kayu oak. Permukaan atas meja pula boleh dilekatkan menjadi bahagian yang lebih besar menggunakan engsel. Meja ini muncul di England pada abad ke-16.
quartered grainira sukuKesenianHiasan DalamanKepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil kesan daripada pemotongan atau penggergajian kayu bagi menghasilkan bentuk tertentu, iaitu kesan daripada sifat empulur. Kesan ini amat ketara pada jenis kayu oak.
melodymelodiKesusasteraanPuisiSusunan seni kata yang berirama pada sesuatu baris dalam sesuatu rangkap, terutama puisi yang dihasilkan dengan tujuan untuk dilagu kan. Contohnya, pada lirik lagu nyanyian P. Ram lee berjudul 'Seri Bunian'. Indah nian istana bunian, Puteri bunian cantik rupawan; Berat rasa oak kutinggalkan, Kerana hati dah tertawan.
Elizabeth stylegaya ElizabethKesenianHiasan DalamanGaya perabot dengan ukiran pada zaman Renaissance di Itali. Gaya ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Elizabeth, bermula dari tahun 1558 hingga tahun 1603. Gaya Elizabeth ditandai dengan rupa bentuk kabinet yang bersaiz besar, terbonjol, kekisi berpintal dan gadrun. Gaya khas era ini ialah bentuk hiasan atas seperti puncak tiang atau tongkat yang mengandungi ukiran kepala manusia. Motif dekoratif yang digunakan terdiri daripada daun akantus, kariatid, skrol, anyaman bertali dan topeng. Bilik utama biasanya dihiasi dengan panel dinding yang diperbuat daripada kayu oak, lepa siling dengan hiasan timbul dan pendiang dengan hiasan terperinci.

Kembali ke atas