Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : (objék) 1. sesuatu yg dapat disentuh atau dilihat, benda, barang; 2. perkara yg menjadi tajuk atau pokok pembicaraan (tulisan, lukis­an, dll): mengapa hanya rupa wanita men­jadi ~ lukisan? 3. matlamat, sasaran, tujuan; ~ pembangunan sesuatu yg hendak (sedang) dibangunkan; 4. (Lin) penyambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : /objék/ 1 perkara yg menjadi pokok atau tajuk sesuatu perbincangan dll; hal. 2 tujuan sesuatu tindakan dll; sasaran. 3 penderita dlm sesuatu ayat aktif; penyambut: Selepas kata kerja transitif, terdapat kata nama atau frasa nama yg bertugas sbg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata objek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concrete classkelas konkritTeknologi MaklumatTiadaKemudahan dalam pengaturcaraan berorientasikan objek yang membenarkan objek-objek dibina daripadanya.
micrometrymikrometriPerubatanTiadaPengukuran objek-objek mikroskopik.
arrangesusun; gubahMatematikTiadaMeletakkan objek-objek dalam bentuk tertentu.
Assyrian artseni AssyriaKesenianTiadaObjek-objek seni daripada empayar Assyria pada 1500 sebelum Masihi hingga 612 sebelum Masihi.
object modelmodel objekTeknologi MaklumatPerisian1. Ciri objek suatu bahasa pengaturcaraan, teknologi atau metodologi yang menggunakan model objek. Contohnya, model objek Java, model objek komponen (COM) atau teknik pemodelan objek (OMT) ditakrifkan dengan menggunakan konsep seperti kelas, mesej, pewarisan, polimorfisme dan pengkapsulan. Model objek kebiasaannya merupakan semantik formal bagi bahasa-bahasa pengaturcaraan. 2. Koleksi objek atau kelas yang membolehkan atur cara meneliti dan mengubah suai beberapa bahagian tertentu dalam satu sistem. Koleksi tersebut mempunyai antara muka dengan sistem atau perkhidmatan lain. Contohnya, model objek dokumen (DOM) merupakan koleksi objek yang mewakili satu halaman dalam pelayar web yang digunakan oleh atur cara skrip untuk meneliti dan mengubah suai halaman tersebut secara dinamik. Contoh lain ialah model objek MSExcel untuk mengawal MSExcel daripada atur cara yang lain.
metamorphopsiametamorfopsiaPerubatanTiadaGangguan pada penglihatan apabila objek-objek kelihatan herot.
by groupingdengan pengumpulanMatematikTiadaBerkaitan dengan himpunan objek-objek.
depth perceptionpersepsi tahapPerubatanTiadaTanggapan kedalaman sebenar objek-objek yang berlainan di dalam ruang.
photointerpretationtafsiran fotoKejuruteraanTiadaKaedah pengecaman dan pemerian objek-objek dalam fotograf, misalnya menentukan signifikan topograf atau struktur geologi bagi bentuk bumi pada gambar udara.
icingaisingGeografiTiada2. Timbunan mendapan ais di permukaan objek-objek yang terdedah.
12345678910...

Kembali ke atas