composite rate | kadar komposit | insurans | Tiada | Kadar tunggal yang menggunakan satu asas sahaja bagi pengiraan premium, seperti gaji atau hasil jualan. Bagi kadar tunggal ini, insured dilindungi daripada berbagai bahaya yang berkaitan dengan Premis dan Operasi, Operasi Dempurna, Liabiliti Keluaran dan Automobil. Tujuan utama ialah untuk memudahkan pengiraan premium polisi tersebut. |
fire command centre | pusat operasi kebakaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bilik khusus dalam sesebuah premis untuk tujuan arahan dan kawalan operasi sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan. |
manufacturing operation | operasi pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kegiatan penghasilan produk yang melibatkan kakitangan, proses dan peralatan. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, operasi pengilangan hendaklah dijalankan mengikut keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. |
operational taxonomic unit (OTU) | unit operasi taksonomi (OTU) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Nod luaran pada pepohon filogenetik. Jujukan DNA dan protein dalam famili yang sama digunakan sebagai unit operasi taksonomi untuk mengelompokkan organisma melalui proses penjanaan pepohon filogenetik. |
internal economy | ekonomi dalaman | Ekonomi | Tiada | Penjimatan kos yang wujud hasil daripada operasi tertentu oleh firma yang hanya boleh dinikmati oleh firma itu sendiri. Misalnya, pembesaran operasi firma boleh mewujudkan ekonomi dalaman menerusi pembahagian dan pengkhususan kerja. Apabila firma mengalami ekonomi dalaman, keluk kos puratanya menurun. |
comprehensive general liability policy | polisi liabiliti am komprehensif | insurans | Tiada | Polisi ini memberi perlindungan kepada insured bagi semua bahaya liabiliti am termasuk bahaya yang tidak diketahui, melainkan ia dikecualikan oleh polisi. Contoh: pendedahan yang dilindungi ialah premis dan operasi, keluaran dan operasi sempurna, kontraktor bebas dan kontraktor tertentu. |
extra expense insurance | insurans belanja tambahan | insurans | Tiada | Pembayaran balik kepada insured atas belanja tambahan berpatutan yang ditanggung untuk meneruskan operasi sesebuah perniagaan apabila harta ditetapkan telah rosak akibat peril yang dilindungi oleh kontrak. Insurans ini biasanya digunakan oleh peniaga apabila penerusan operasi, tanpa mengambil kira perbelanjaan, adalah perlu. Contoh: kedai dobi, bank atau lain-lain bidang perkhidmatan. |
hospital information system (HIS) | sistem maklumat hospital (HIS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem komprehensif dan bersepadu yang direka untuk menguruskan semua aspek operasi hospital seperti isu-isu perubatan, pentadbiran, kewangan dan undang-undang serta pemprosesan yang berkaitan dengan perkhidmatan. Sistem ini lazimnya menyokong fungsi operasi hospital seperti penjadualan kemudahan, pengurusan sumber manusia, pengebilan, analisis kewangan dan pelaporan. |
critical operation | operasi kritikal | Herba | Tiada | Suatu langkah kritikal dalam proses pengeluaran produk herba yang jika tidak dilaksanakan dengan sempurna akan menjejaskan kualiti produk herba. Contohnya, proses pengasingan bahan pencemar dalam bahan mentah yang menjejaskan kualiti hasil akhir produk herba. |
organic operation | operasi organik | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |