Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[op.tik] | اوڤتيک

Definisi : 1. kajian saintifik tentang cahaya dan pelihatan; 2. berkaitan dgn mata atau pe­lihatan; ~ gentian (Komp) teknik peng­han­taran data digital dlm bentuk denyutan cahaya melalui berkas gentian kaca yg panjang, lut sinar, dan halus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[op.tik] | اوڤتيک

Definisi : berkaitan dgn mata atau peng­lihatan: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata optik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
optical phononfonon optikFizikNanoteknologiPengujaan kuantum yang berkaitan dengan mod optik pada getaran atom dalam pepejal. Fonon optik digunakan untuk menerangkan interaksi fonon-cahaya dalam bahan nanostruktur, seperti serakan Raman.
optical memoryingatan optikFizikNanoteknologiSimpanan data digital menggunakan sistem dan sifat optik. Data ini dibaca dengan menggunakan alur laser. Ingatan optik dapat menyimpan data dalam kuantiti yang besar dan dapat dibaca dengan laju menggunakan sistem komputer. Contohnya, CD-ROM atau DVD.
optical axispaksi optikSains KesihatanTiadaGaris yang melalui pusat sistem optik dan membuat sudut tepat dengan permukaannya tanpa terbias.
fibre optic cablekabel optik gentianFizikNanoteknologiSatu kabel yang terdiri daripada satu atau lebih serat optik yang dimasukkan ke dalam tiub untuk melindunginya daripada kesan persekitaran. Kabel ini digunakan dalam sistem komunikasi.
optical character recognition (OCR)pengecaman aksara optik (OCR)Teknologi Maklumate-KesihatanPerisian yang mengecam aksara teks secara optik dengan menukar imej yang telah diimbas dalam format peta bit kepada bentuk yang dapat disunting menggunakan perisian pemproses kata.
optical rotationputaran optikHerbaTiadaDarjah atau arah anjakan cahaya terkutub satah apabila melalui bahan kiral, seperti isomer suatu sebatian kimia akan memutarkan cahaya terkutub satah mengikut arah jam dengan simbol + (dekstroputaran) atau melawan arah jam dengan simbol � (levoputaran). Putaran optik ialah kaedah rasmi untuk menentukan kualiti minyak herba dan madu. Contohnya nilai putaran optik bagi minyak serai wangi (�4� hingga +5�, BP), minyak pala (+8� hingga +18�, BP) dan madu (maks.+0.6�, BP).
near-field scanning optical microscopy (NSOM)mikroskopi optik pengimbasan medan dekat (NSOM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk mengkaji sifat optik sampel seperti penghantaran cahaya dan penyerakan cahaya.
optical grating spectrometerspektrometer parutan optikNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk mengukur sifat cahaya dalam julat tertentu yang menggunakan parutan optik dalam spektrum elektromagnet, biasanya digunakan untuk menentukan jenis bahan.
aberrationaberasiSains KesihatanTiadaKecacatan optik yang menyebabkan cahaya dari objek titik tidak dapat membentuk imej yang sempurna selepas melalui suatu sistem optik.
fibre opticgentian optikFizikNanoteknologiGentian pemanduan cahaya berasaskan pantulan dalam penuh yang terdiri daripada silinder halus kaca atau plastik bersalut bahan berindeks biasan lebih tinggi. Gentian ini digunakan dalam sistem komunikasi, pencahayaan, penderiaan, dan pengimejan optik.
123456789

Kembali ke atas