person under monitoring | orang dalam pemantauan | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang berada dalam pemantauan untuk dimulakan siasatan bagi mengesahkan jika individu tersebut mempunyai gejala jangkitan penyakit berjangkit. |
self-isolation | pengasingan kendiri | Kesihatan Awam | Tiada | Tindakan kekal berada di rumah sendiri dan mengelakkan diri daripada berhubung dengan orang lain untuk mengurangkan perebakan sesuatu virus. |
close contact | kontak rapat | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang berada pada jarak kurang dari 1 meter dengan individu yang telah dijangkiti virus dan terkena rembesan orang yang dijangkiti. |
omniscient point of view | sudut pandangan serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penceritaan daripada pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku orang yang mengetahui segala-galanya. Pengarang mempunyai pengetahuan luas terhadap seluruh aspek cerita, bebas bergerak dari satu watak ke satu watak, dari satu latar ke satu latar, atau dari suatu pemikiran ke suatu pemikiran tanpa sebarang halangan. Pengarang mengawal seluruh idea yang ingin disampaikan dalam cerita mengikut sudut pandangan yang diingininya. Pengarang juga bebas menyelami hati dan perasaan para watak, berkuasa dan menentukan aspek pemikiran, dan perjalanan cerita dari awal hingga ke akhirnya. |
home invasion | taklukan kediaman | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan menceroboh kediaman orang lain secara menyalahi undang-undang untuk melakukan atau percubaan untuk melakukan jenayah dengan atau tanpa senjata. Perbuatan ini boleh dilakukan semasa penghuni berada di kediaman atau semasa ketiadaan penghuni. |
dabus | dabus | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari. |
petit bourgeois | borjuis kecil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas dalam masyarakat yang berada di pertengahan antara proletar dan borjuis. Mereka terdiri daripada golongan sederhana seperti pekedai, petani yang memiliki tanah dan berupaya bekerja sendiri, golongan yang menghasilkan pertukangan dan mengusahakan pengeluaran kecil. Golongan ini bukan merupakan buruh kerana tidak bekerja dengan orang lain dan bukan juga borjuis kerana tidak mengeksploitasi tenaga buruh lain. Karl Marx menyatakan bahawa kelas borjuis kecil terdedah kepada proses pemproletaran yang dikuasai oleh borjuis yang lebih kaya dan lama-kelamaan akan terhapus. Contohnya, golongan usahawan kecil seperti pekedai dan peraih. Sinonim borjuis bawahan. |
marrated monologue | monolog terkisah | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan dalam bentuk monolog dan karya terhasil daripada pemikiran dalam watak yang dibuat secara tidak langsung. Monolog terkisah biasanya melibatkan penceritaan orang ketiga. Dalam sesebuah karya yang mengandungi monolog terkisah, pengarang berada di luar cerita dan hanya menceritakan kejadian yang berlaku kepada watak berasaskan pemikiran dalaman watak itu sendiri. Justeru, monolog terkisah lebih banyak menceritakan peristiwa yang berlaku dalam mental atau pemikiran seseorang watak. |
the other | si lain | Kesusasteraan | Tiada | Konsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya. |
repression | penekanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk. |