Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Orang meranik pulang ke rumah,
     Pulang rumah jauhlah ke darat;
Budak ini memang beroleh,
     Sikit bercinta melayang surat.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Di rumah sendiri dapur tak berabu,
     ke rumah teman pergi berpasak seribu.

Bermaksud :

Suka bertandang dan makan di rumah orang.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
old folks homerumah orang tuaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Franklin stovealat pemanas FranklinKesenianHiasan DalamanAlat yang dicipta oleh pereka bernama Benjamin Franklin yang menyerupai tempat unggun api di dalam rumah orang Eropah. Alat ini digunakan untuk mengekalkan tahap kepanasan yang lama di dalam rumah sewaktu musim dingin.
chandeliercandelierKesenianHiasan DalamanLampu hiasan yang tergantung di siling, yang terdiri daripada lampu yang berangkai. Candelier terawal menggunakan lilin dan diletakkan di ruang persidangan pada zaman pertengahan. Candelier ini diperbuat daripada kayu bersilang dan berpancang bagi melekatkan lilin dan digantung menggunakan tali atau rantai. Pada abad ke-15, bentuk candelier yang lebih kompleks telah digunakan di istana, rumah orang bangsawan, rumah paderi dan rumah saudagar.
hexastichsadbarisKesusasteraanPuisiRangkap puisi yang terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi yang menonjolkan bentuk sadbaris ini ialah pantun enam kerat seperti di bawah. Orang Baghdad bawa teraju, Orang Makkah bawa telur, Telur dimakan bulan puasa; Rumah gadang bersendi batu, Jika adat bersendi alur, Alur itu kan ganti raja.
household sizesaiz isi rumahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBilangan orang bagi setiap unit kediaman.
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.
self-isolationpengasingan kendiriKesihatan AwamTiadaTindakan kekal berada di rumah sendiri dan mengelakkan diri daripada berhubung dengan orang lain untuk mengurangkan perebakan sesuatu virus.
headship formation ratekadar pembentukan ketua keluargaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKadar bilangan ketua keluarga isi rumah bagi struktur umur tertentu kepada jumlah bilangan orang dalam struktur umur yang sama.
play datetemu mainUmumTiadaSatu pertemuan yang diaturkan oleh ibu bapa bagi membolehkan anak mereka bermain bersama-sama dua orang rakan atau lebih, sama ada di rumah atau di tempat yang bersesuaian.
self-quarantinekuarantin kendiriKesihatan AwamTiadaTindakan seseorang secara sukarela dengan mengelakkan diri atau mengehadkan hubungan dengan orang lain, termasuk ahli keluarga semasa wabak sesuatu penyakit berjangkit, biasanya dengan tinggal di rumah bagi tempoh tertentu.
12

Kembali ke atas