Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.bit] | اوربيت

Definisi : (Fiz) 1. laluan yg diikuti oleh sesuatu planet, satelit, dsb dlm pergerakannya menge­lilingi jasad cakerawala yg lain di bawah pengaruh graviti; ~ rendah orbit yg biasanya bulat, altitudnya kurang drpd 1000 km dan tempoh bergerak dlm orbit kira-kira 90 minit; 2. laluan elektron mengelilingi nukleus atom; mengorbit 1. bergerak mengikut peredaran orbit: tempoh ~ kira-kira 90 minit; 2. ki men­cari jalan memburu kejayaan (nama) dlm bidang tertentu: manusia hanya sekadar makhluk tidak bererti yg ~ dlm dunia yg maha luas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.bit] | اوربيت

Definisi : jalan yg diikuti oleh planet dlm peredarannya mengelilingi planet lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
orbit (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan litaran, laluan, jalan, kitaran, pusingan, putaran.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
characteristic X-raysinar-X cirianTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSinar-X yang terhasil apabila elektron-elektron luar mengisi kekosongan dalam orbit terdekat dengan nukleus sesuatu atom. Proses ini berlaku apabila elektron berhalaju tinggi dari luar atom sesuatu bahan sasaran menolak keluar elektron yang berada pada orbit terdekat dengan nukleus. Manakala elektron pada orbit luar akan melompat ke dalam untuk mengisi kekosongan tersebut. Tenaga yang terhasil akan menggambarkan unsur bahan sasaran yang digunakan. Sinar-X yang terhasil boleh digambarkan dengan menggunakan spektrum tenaga seperti rajah di bawah. Contoh sinar-X cirian digambarkan dengan dua puncak, Kα dan Kβ.
radioactive decayreputan radioaktifTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPerubahan suatu nuklid kepada nuklid yang lain dengan cara pancaran sinaran radioaktif atau zarah, penyerapan elektron orbit atau pembelahan.
Compton scatteringpenyerakan ComptonTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi dengan elektron pada orbit yang paling luar. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Tenaga foton menjadi berkurangan menyebabkan sinar tersebut bertenaga rendah. Penyerakan Compton ini ditemui oleh Arthur Holly Compton.
ab initio methodkaedah ab initioFizikNanoteknologiTeori untuk mendapatkan struktur molekul menggunakan hanya persamaan Schroedinger, nilai pemalar asas atom dan nombor atom yang berkaitan. Terdapat beberapa kaedah seperti kaedah Hartree-Fock yang menggunakan fungsi gelombang orbit molekul sebagai asas. Sinonim kaedah prinsip pertama.
de Broglie theoryteori de BroglieNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanTeori yang menjelaskan tingkah laku sesuatu zarah seperti sifat gelombang. De Broglie (1924) mencadangkan bahawa setiap zarah bergerak mempamerkan sifat gelombang dan juga sifat elektron. Elektron juga menunjukkan sifat gelombang pada orbit terkuantum. Panjang gelombang dikira dengan menggunakan persamaan berikut: ? =h/p dengan ? = panjang gelombang, h = pemalar Planck dan p = momentum.

Kembali ke atas