Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat dlm tubuh (manusia, binatang, tum­buhan) yg mempunyai tugas yg penting; 2. institusi (badan dsb) yg melaksanakan se­suatu bidang tugas dan tanggungjawab: tiga ~ asas negara – eksekutif, legislatif dan ke­ha­kim­an menjalankan tugas secara ber­asingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian tubuh (manusia atau haiwan) yg mempunyai tugas-tugas tertentu. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan yg mempunyai tugas-tugas tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata organ I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reproductive systemsistem pembiakanKejururawatanTiadaOrgan-organ berhubungan dengan organ pembiakan. Bagi lelaki, ia terdiri daripada testis, vas deferens, kelenjar prostat, vesikel seminal, uretra, dan penis. Bagi wanita, ia merangkumi ovari, tiub Fallopio, uterus, vagina, dan vulva.
organ transplantpemindahan organKejururawatanTiadaImplantasi sesuatu organ atau tisu daripada satu bahagian ke bahagian lain atau daripada seseorang kepada seorang lain.
pubertybalighBiologiTiadaMasa permulaan kematangan seks berlaku dan organ-organ pembiakan mula berfungsi.
pubertybalighPentadbiran PerniagaanTiadaMasa permulaan kematangan seks berlaku dan organ-organ pembiakan mula berfungsi.
atrophyatrofiKejururawatanTiadaKesusutan tisu atau organ yang menjadikan tisu atau organ itu kecil. Keadaan ini boleh disebabkan kekurangan zat makanan, tidak menggunakan tisu atau organ tersebut, atau penuaan.
offalofalPerikananAkuakulturBahan asas yang merangkumi semua organ dalaman dan lemak haiwan seperti organ pernafasan, pencernaan, pembiakan dan perkumuhan. Bahan asas ini dijadikan tepung ofal bagi penyediaan makanan rumusan ikan.
prolapseprolapsPenternakanGenetik dan PembiakbakaanApabila sesuatu organ terkeluar daripada kedudukan asalnya. Prolaps merujuk kepada organ yang terjojol keluar melalui vagina atau rektum.
accessory glandkelenjar aksesoriKejururawatanTiadaKelenjar yang membantu sesuatu organ menjalankan fungsinya. Contoh kelenjar air liur yang membantu organ penghadaman.
lesionlesiPerikananAkuakulturKecederaan atau luka pada organ atau tisu ikan akibat daripada jangkitan atau trauma fizikal, yang boleh menjejaskan kegiatan organ atau tisu terbabit.
receptaclepenyangga; kerandut; bekas; pudung (bunga)BiologiTiada1. Organ yang digunakan sebagai repositori.,2. Pedunkel jambak bunga rasemos.,3. Titik atau tempat terbentuknya organ bunga bagi seleuntum bunga.,4. Talamus, torus, paksi bunga.,5. Hujung cabang talus yang telah berubah suai mengandung konseptakel pada alga atau soredium pada liken.,6. Piknidium,7. Sparofor,8. Ceper terminal lumut.
12345678910

Kembali ke atas