oscilloscope | osiloskop | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat uji elektrik yang memaparkan corak gelombang cucuhan bunga api pada layar. |
oscilloscope tester | penguji osiloskop | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat penguji untuk menguji enjin dan sistem pencucuh dengan menggunakan sinar katod. |
superimpose pattern | corak bertindih | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Corak yang dipaparkan dilayar osiloskop, yang menunjukkan isyarat voltan pencucuh yang bertindihan antara satu sama lain. |
spark line | garis pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Corak yang dipaparkan di atas osiloskop dari litar sekunder pencucuh yang menunjukkan voltan diperlukan untuk mengawal nyalaan. |
raster pattern | corak raster | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Corak yang dipaparkan di atas layar osiloskop, yang menunjukkan isyarat voltan pencucuh yang tersusun dari bawah ke atas di atas layar, menurut susunan aturan nyalaan enjin yang diuji. |
firing line | garis nyalaan pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Garis yang dipaparkan di atas layar osiloskop, yang menunjukkan masa palam pencucuh mula menghasilkan bunga api. |
firing line | garis nyalaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Garis menegak bervoltan tinggi atau berbentuk pepaku yang di- peroleh dalam corak osiloskop yang mewakili voltan sekunder bagi sistem pencucuhan. Garis nyalaan ini menunjukkan amaun voltan yang dibekalkan untuk menjana pencucuhan dan tempoh ketika palam bunga api mencucuh. |
parade pattern | corak parade | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Corak voltan pencucuh yang berubah mengikut masa, yang dipaparkan di atas layar osiloskop dalam satu baris dari kiri ke kanan sepanjang paksi mengufuk menurut urutan nyalaan enjin yang sedang diuji. |
indicated mean pressure | tekanan berkesan purata tertunjuk | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Purata tekanan yang dijana dalam setiap silinder enjin dalam semua lejang, iaitu lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang pembakaran dan lejang ekzos. Tekanan ini boleh diukur le- dengan mengira luas graf tekanan-sesaran enjin. Data tekanan boleh dicerap melalui penderia tekanan yang dipasang pada salah sebuah silinder enjin yang telah dikenal pasti dan dipaparkan melalui peralatan visual seperti osiloskop. Sesaran enjin dalam unit isi padu diperoleh dengan mengukur sudut engkol. Singkatan IMEP. |