Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[os.mo.sis] | اوسموسيس

Definisi : (Kim) pengaliran molekul pelarut dr larutan yg kurang pekat ke larutan yg lebih pekat melalui membran separuh telap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[os.mo.sis] | اوسموسيس

Definisi : ist pergerakan sesuatu pelarut dr larutan yg rendah kepekatannya kpd larutan yg tinggi kepekatannya mela­lui selaput separuh telap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata osmosis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
osmosisosmosisKimiaKimia AnalisisProses yang melibatkan pergerakan molekul pelarut daripada larutan cair, melalui membran separa telap kepada larutan yang lebih pekat sehingga kepekatan kedua-dua larutan ini sama. bd. omosis terbalik.
reverse osmosisosmosis terbalikKimiaKimia AnalisisPergerakan keluar pelarut daripada larutan, melalui membran separa telap apabila larutan itu dikenakan tekanan melebihi tekanan osmosisnya. Ini digunakan untuk mengeluarkan garam daripada air laut, mengumpul balik air buangan daripada operasi industri kertas dan dalam pemisahan kimia makanan. Membran separa telap diperbuat daripada selulosa asetat atau nilon.
osmometerosmometerKimiaKimia AnalisisAlat untuk mengukur tekanan osmosis untuk menentukan jisim molekul relatif.
albuminalbuminKejururawatanTiadaProtein plasma yang membantu dalam mengawal atur kepekatan osmosis darah.
diffusion treatmentrawatan peresapanBuluhTiadaKaedah mengawet buluh yang baru ditebang dengan menggunakan prinsip osmosis. Kaedah ini hanya sesuai untuk bahan pengawet berasaskan air seperti asid borik dan boraks.
euryhalineeurihalinPerikananAkuakulturKetahanan terhadap perubahan kemasinan atau saliniti air. Ikan yang mempunyai sifat ini mempunyai ketahanan terhadap proses osmosis yang berlaku antara sistem badan dengan persekitaran air. Contoh ikan yang mempunyai sifat eurihalin ialah ikan siakap.
nanofiltrationnanoturasanFizikNanoteknologiProses penurasan menggunakan membran berliang bersaiz antara 1 nm - 10 nm, iaitu lebih kecil daripada saiz ultraturas. Membran diperbuat daripada filem tipis polietilena tereftalat atau filem tipis alumina. Pada awalnya proses ini digunakan untuk prarawatan air laut bagi menapis keluar ion Ca2+ dan Mg2+, iaitu sebelum dilakukan rawatan selanjutnya menggunakan osmosis berbalik. Proses ini digunakan juga untuk menuras susu, jus dan bahan ubatan.

Kembali ke atas