Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.vum] | اوۏوم

Definisi : (Bio) sel telur haiwan betina yg belum tersenyawa yg dihasilkan oleh ovari; pengovuman (Bio) penghasilan telur oleh ovari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.vum] | اوۏوم

Definisi : ist gamet betina (pd haiwan) yg akan menjadi anak apabila bersenyawa dgn gamet jantan. pengovuman ist pembebasan telur matang haiwan mamalia dr folikel ovari ke permukaan ovari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ovum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ovumovumPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGamet betina yang dikeluarkan dari ovari. Ovum mengandungi sebahagian bahan genetik yang akan menyumbang dalam pembentukan dan penghasilan anak.
fertilisationpersenyawaanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses penyatuan sperma dengan ovum untuk membentuk zigot. Apabila sperma memasuki ovum, berlaku satu tindak balas yang mencegah sperma lain bersenyawa dengan ovum tersebut. Nukleus sperma dengan nukleus ovum akan bergabung dan proses persenyawaan dianggap selesai.
pronucleuspronukleusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanNukleus sel ovum dan sperma yang terbentuk selepas sperma memasuki ovum, tetapi sebelum berlakunya penggabungan bahan genetik antara ovum dengan sperma.
ovulationpengovulanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pelepasan ovum dari folikel Graaf. Pelepasan ovum ini dipengaruhi oleh pengeluaran hormon peluteinan dari kelenjar pituitari. Hormon peluteinan ini akan menyebabkan folikel Graaf pecah bagi membebaskan ovum.
spermatozoa fertilizing capacitykeupayaan pensenyawaan spermatozoaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKebolehan spermatozoa untuk mensenyawakan ovum. Keupayaan pensenyawaan spermatozoa ini berlaku sebaik sahaja berada di dalam organ pembiakan betina. Lazimnya, spermatozoa yang dilepaskan di dalam vagina akan bergerak ke arah oviduk untuk mensenyawakan ovum. Semasa pergerakan ini, spermatozoa akan mengalami perubahan biokimia dan akan terkapasitasi untuk mensenyawakan ovum.
gametegametPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSel reproduktif haploid matang sama ada sel germa betina (ovum) atau jantan (sperma). Gamet ini dihasilkan melalui proses gametogenesis. Cantuman antara kedua-dua gamet ini akan membentuk zigot. Sperma pada jantan dihasilkan di testis sementara ovum pada betina pula dihasilkan di ovari. Kedua-dua gamet ini mengandungi satu set kromosom haploid (n).
acrosomeakrosomPenternakanGenetik dan PembiakbakaanMembran yang menyelaputi hujung anterior kepala spermatozoa. Akrosom menghasilkan enzim lisosom dan proteolisis bagi mencerna dan menembusi lapisan zona pelusida di sekeliling ovum. Tindak balas ini membolehkan sperma menembusi ovum bagi proses persenyawaan.
zygotezigotKejururawatanTiadaOvum yang telah disenyawakan dan sebelum permulaan celahan.
ovulationovulasi/pengovulanKejururawatanTiadaProses pembebasan ovum dari folikel Graaf di ovari. Biasanya berlaku kepada wanita dewasa dalam tempoh lebih kurang 28 hari.
primary oocyteoosit utamaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanOvum tidak matang yang dihasilkan oleh ovari semasa proses gametogenesis pada haiwan betina. Sel germa betina menghasilkan sel germa primodial yang seterusnya akan melalui proses mitosis untuk menghasilkan oogonium. Semasa proses oogenesis, oogonium ini akhirnya akan menjadi oosit utama.
12

Kembali ke atas