Poisons Act 1952 | Akta Racun 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. |
miles gloriosus | miles gloriosus | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang suka bercakap besar tentang kehebatan dirinya tetapi sebenarnya dia seorang yang pengecut. Miles gloriosus merupakan watak prototaip dalam komedi Plautus, dramatis Romawi pada kurun ke-2. Watak ini kemudian menjadi watak stok yang sering terdapat dalam drama Inggeris. Watak ini juga dimanfaatkan dalam karya moden sebagai teman sampingan wira dengan tujuan untuk meningkatkan kehebatannya. Contoh watak miles gloriouses ialah Falstaff dalam drama Henry IV oleh Shakespeare. Contoh watak dalam sastera Melayu ialah Wak Long dan Wak Dogol dalam persembahan wayang kulit. |
epic question | soalan epik | Kesusasteraan | Tiada | Teknik yang digunakan oleh penyair epik untuk memohon bantuan daripada dewi ilham atau kuasa yang lebih tinggi bagi membantu menjelaskan sesuatu yang sedang terjadi dalam cerita. Contohnya, penulis Milton banyak menggunakan teknik ini pada permulaan bukunya berjudul Paradise Lost, jilid I, VII dan IV. |
colouring agent | agen pewarna | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan kimia atau bahan semula jadi yang digunakan untuk menambah warna atau mewarnai sesuatu produk herba. Penggunaan agen pewarna dalam produk kosmetik herba bergantung pada kegunaannya dan dikategorikan kepada empat, iaitu: i. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik; ii. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik kecuali yang bertujuan untuk diterapkan pada sekitar mata khususnya mekap mata dan pelucut mekap mata; iii. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang tidak bersentuhan dengan membran mukus; dan iv. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang bersentuhan sementara dengan kulit. |
theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd. |