de facto | pada hakikatnya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat de facto. |
sign | tanda | Kesusasteraan | Tiada | Unit komunikasi yang paling asas. Unit ini berbentuk linguistik (huruf atau perkataan) atau bukan linguistik (baju, gambar, atau apa-apa yang boleh dianggap mempunyai makna). Sesuatu tanda pada hakikatnya tidak mempunyai sebarang makna, melainkan pengguna mengiktirafnya sebagai suatu tanda. Maksud sesuatu tanda perlu dipelajari oleh pengguna dan nilai tanda boleh berubah-ubah. Penanda dan petanda saling berkait. Penanda merujuk kepada kosa kata, manakala petanda merujuk kepada entiti atau idea yang dihubungkannya. Contohnya, perkataan kucing ialah tanda yang mengandungi penanda yang membentuk kata kucing, dan petanda ialah imej mental seekor binatang dalam minda pembaca. Penanda tidak terhad kepada kosa kata sahaja, tetapi juga merangkumi sebarang sistem yang memberi makna termasuklah lukisan, sistem lampu trafik, dan bahasa isyarat. Kritikan semiotik dalam sastera banyak memanfaatkan konsep tanda ini. Tanda dalam bahasa Latin bermaksuk �nota� atau �simbol�. |
de jure | de jure | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi yang menggambarkan seseorang atau organisasi yang dilihat berkuasa atau memegang jawatan rasmi, tetapi pada hakikatnya tidak berupaya untuk mentadbir atau membuat sebarang keputusan. Dalam banyak keadaan, pemimpin de jure ini begitu bergantung atau berada di bawah pengaruh pemimpin atau individu lain. Contohnya, pemimpin negara Honduras pada tahun 1950-an merupakan de jure kepada penguasa Syarikat Motor Ford. |
oligarchy | oligarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk pemerintahan yang dikuasai oleh segolongan elit yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Pemerintahan ini melaungkan idea demokrasi tetapi pada hakikatnya segolongan kecil elit sahaja yang menentukan segala keputusan penting dalam pemerintahan. Walaupun begitu, pemerintahan ini memberi kebebasan kepada orang ramai dan membenarkan kehadiran pembangkang, golongan pendesak, media yang bebas dan perlembagaan yang kukuh. Oligarki tidak semestinya berada dalam sistem pemerintahan demokrasi tetapi juga wujud dalam sistem pemerintahan komunis. Konsep ini dikembangkan oleh Roberto Michels yang menghuraikan fenomena oligarki di Jerman Timur pada era perang dingin. |
democratic despotism | demokrasi fahaman kuku besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi. |
neo-colonialism | faham kolonial baru | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman penjajahan baru yang tidak bersifat ketenteraan atau fizikal. Kelazimannya, kolonialisme lebih bersifat penjajahan secara militer lalu memerintah negara tersebut. Penjajahan bentuk baru pula tidak membawa kemasukkan tentera tetapi lebih bersifat penguasaan ekonomi, teknologi, epistemologi dan secara teknologi maklumat. Pada hakikatnya, negara tersebut kelihatan merdeka, tetapi dikuasai oleh negara lain tanpa disedari. Pendekatan pergantungan terhadap negara Amerika Latin pada dekad 1970-an dan 1980-an berlaku apabila Amerika Syarikat kuat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut yang boleh ditafsir sebagai fahaman kolonial baru. |
de facto | de facto | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi yang menggambarkan individu atau pihak yang sebenarnya berkuasa dalam sesebuah organisasi, walaupun tidak memegang jawatan berkenaan secara rasmi. Individu yang bersifat de facto ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai keabsahan, tetapi lebih merujuk kepada autoriti dalam memberi arahan, perintah dan penentu keputusan kesatuan atau pemerintahan. Segala tindakan dan arahan de facto biasanya bersifat di belakang tabir. Contohnya, negara Rhodesia sebelum pembentukan Zimbabwe berada di bawah pemerintahan de facto Britain. Sinonim pada hakikatnya. |
pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |