Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada pam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
knockingketukanKejuruteraanTiada1. Bunyi tukulan yang dapat didengar, yang dihasilkan oleh bahagian-bahagian yang longgar atau ledakan di dalam silinder enjin.,2. Bunyi pada pam pada masa balikan bagi gerakan sedutan dan penyerapan, apabila tiada disediakan bejana udara , atau apabila bejana udara yang disediakan tidak memadai luasnya.
on-the-pumppada pamKejuruteraanPetroleum1) Sifat telaga yang sedang dipam untuk mengeluarkan bendalir dari alam lubangnya dengan menggunakan sistem pengepaman. 2) Aliran telaga minyak yang tidak boleh mengalir secara semula jadi tetapi memerlukan bantuan peralatan pengepaman untuk mengalirkannya.
horseheadkepala kudaKejuruteraanTiadaBahagian hujung rasuk gerak pada pam rod penyedut yang menyerupai kepala kuda.
impellerpendesak/impelerKejuruteraanKejuruteraan MekanikBahagian yang berputar pada pam, pemampat, peniup dan penukar kilas (aliran jejarian) yang dilengkapi bilah untuk menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga kinetik. Tenaga ini dipindahkan kepada bendalir yang sedang mengalir. Bahagian ini bertindak memacu atau mengedarkan bendalir. Sesetengah meter, seperti meter gas dan meter air menggunakan komponen ini untuk mengukur kadar aliran gas.
pump valveinjap pamKejuruteraanPetroleumSebarang jenis injap yang digunakan pada peralatan atau kelengkapan pam seperti pada pam rod penyedut, pam salingan atau jenis pam yang lain. Contohnya, antara lain, injap bergerak dan injap pegun.
pony rodrod keldaiKejuruteraanPetroleum1) Rod penyedut yang digunakan pada pam rod penyedut yang panjangnya kurang daripada 25 kaki. 2) Rod yang disambungkan ke rod penghubung dan rod omboh dalam pam lumpur.
desanderpenyahpasirKejuruteraanPetroleumPeranti emparan yang digunakan untuk membuang partikel-partikel pasir yang halus dari dalam bendalir penggerudian. Pembuangan ini diperlukan untuk mencegah abrasi lelas pada pam. Prinsip kerja penyahpasir adalah dengan memberikan gerakan berpusar terhadap bendalir yang laju, di dalam bekas berbentuk kon.
celarance volumeisi padu kelegaanKejuruteraanPetroleumRuangan yang terdapat di antara injap tengah atau injap pegun dengan injap bergerak pada pam rod penyedut apabila pam berkenaan berada pada dasar lejangnya, iaitu pada dasar lejang ke bawahnya.
foot valveinjap kakiKejuruteraanTiadaInjap sehala yang dipasang pada hujung alur masuk paip penyedut yang terdapat pada pam.
foot valveinjap kakiKimiaTiadaInjap sehala yang dipasang pada hujung alur masuk paip penyedut yang terdapat pada pam.
123456789

Kembali ke atas