ley | padang rumput | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
footgolf | golf sepak | Sukan | Tiada | Permainan yang dimainkan di padang golf dengan menggunakan kaki dan pemain akan menyepak bola menuju ke lubang yang telah ditetapkan. |
lacrosse | bola sauk | Sukan | Tiada | Permainan bola di atas padang oleh dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada 10 orang pemain. Pemain perlu menggunakan kayu dengan jaring yang melengkung untuk menangkap, membawa dan menjaringkan bola ke gawang lawan. |
footgolf | golf sepak | Sukan | Tiada | Permainan yang dimainkan di padang golf dengan menggunakan kaki dan pemain akan menyepak bola menuju ke lubang yang telah ditetapkan. |
desert locust | belalang gurun | Biologi | Tiada | Belalang yang terdapat di padang rumput di Afrika dan di Asia. Belalang ini berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam kelompok yang besar dan perpindahannya mengikut gerakan sistem tekanan rendah yang membekalkan hujan untuk kemandirian telurnya di dalam tanah. |
boccia | boccia | Sukan | Tiada | Permainan bola yang dimainkan di atas gelanggang yang lebih kecil daripada padang boling. Permainan ini berasal dari Itali. |
landscape grading | pembentukan landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sains dan seni mengolah muka bumi bagi meningkatkan kualiti estetik sesebuah kawasan, menghindarkan daripada hakisan dan memudahkan pergerakan pengguna seperti padang golf dan taman sekitar bangunan. |
broken rhyme | rima putus | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang dibentuk oleh penyair dengan memutuskan atau mematahkan sesuatu perkataan yang terletak di hujung baris sebuah puisi terutama puisi moden. Contohnya, puisi "Doa Orang Sengsara" karya Moechtrif Awang. i Di padang bagai ular kemarau melingkar jerami pun terbakar di laut bagai harimau gelombang mengaum ikan pun menggelepar di ladang bagai kucing hujan mencakar susu pun cair. |
sand dune | gumuk pasir | Sains Marin | Tiada | Bukit pasir longgar yang dibina menerusi proses aeolian (angin) atau aliran air yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan saiz. Gumuk pasir ini terbentuk melalui interaksi dengan aliran udara atau air. Gumuk pasir terdapat banyak di kawasan padang pasir atau berhampiran dengan laut dan tasik. |
adaptation | saduran | Kesusasteraan | Puisi | Pengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi. |