الأجر | pahala | Agama Islam | Fiqh | Ganjaran yang didapati daripada Allah kerana melakukan sesuatu yang baik (kebajikan). |
ندب | nadb | Agama Islam | Fiqh | Sunat; sesuatu jika dilaksanakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa. |
حق العبد | hak hamba | Agama Islam | Fiqh | Seseorang hamba Allah berhak mendapat ganjaran (pahala) setelah menunaikan segala perintah Allah dengan sempurna. |
parable | cerita ibarat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita bersifat didaktik bertujuan untuk memberi pengajaran, mendidik soal buruk dan baik atau dosa dan pahala. |
waqf prayer | wakif | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu yang mewakafkan hartanya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pewakaf mendapat pahala selagi harta itu menghasilkan manfaat dan kebajikan kerana wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah. Amalan wakaf hukumnya sunat tetapi menjadi wajib apabila pewakaf melakukannya berdasarkan nazar tertentu. Kebanyakan ulama meletakkan lima syarat untuk seseorang itu sah menjadi pewakaf, iaitu berakal, baligh, merdeka, berkelayakan menguruskan harta dan tanpa paksaan untuk mewakaf. Sinonim pewakaf. |
sadaqah | sedekah | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang diserahkan secara wajib atau sukarela kepada pihak lain untuk membantu pihak berkenaan dengan mengharapkan pahala daripada Allah. Contohnya, zakat, pemberian kepada mangsa banjir atau orang kurang upaya, atau derma tabung masjid. |
istibdal waqf | istibdal wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tindakan atau amalan menggantikan harta wakaf tertentu dengan harta lain. Penggantian harta wakaf boleh dilakukan sama ada melalui tukaran, jualan atau belian mengikut tuntutan syarak. Tujuan istibdal adalah untuk mendapatkan harta yang lebih baik dengan mengekalkan tujuan asal wakaf tersebut supaya pahala daripadanya terus dinikmati oleh wakif berkenaan. Segala syarat wakaf yang telah dibuat oleh wakif terhadap harta asal akan terpakai terhadap harta baru ini. Kuasa untuk melakukan istibdal wakaf diberikan kepada nazir wakaf apabila didapati harta wakaf berkenaan tidak lagi boleh dimanfaatkan akibat pelbagai faktor. Contohnya, beberapa tanah wakaf yang bersaiz kecil dan terletak bertaburan pada banyak tempat biasanya tidak boleh menghasilkan manfaat yang sewajarnya. Dengan kuasa tertentu, nazir wakaf akan melakukan istibdal dengan cara menjual tanah berkenaan dan wang hasil jualan digunakan untuk membeli sebidang tanah yang lebih luas atau lebih strategik sehingga mampu memberi manfaat yang jauh lebih baik. |