puisi lagu | puisi lagu | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan dengan gaya dan amanat yang bersahaja, tidak berlebih-lebihan dan mudah dihayati oleh khalayak. Contohnya, petikan puisi "Pak Utih (2)" karya Usman Awang di bawah. Pak Utih punya sepuluh cucu Ditimangnya tiap pagi Dinyanyikannya lagu; timang tinggi-tinggi dapur tak berasap bila besar nanti duduk dalam lokap. |
innuendo | sindir halus | Kesusasteraan | Puisi | Pengujaran penyair dalam sesuatu frasa atau kalimat puisi pada sesuatu baris puisi. Bahasa puisi yang mengandungi unsur� unsur sindiran yang disampaikan secara halus kepada seseorang. Contohnya, seloka "Malang Pak Kaduk". Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran ! Mudik menongkah surut! Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, |
puffer | pembida pak na | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
pameo | pameo | Kesusasteraan | Puisi | Hasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nada� nada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris� baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk! |
cedar | cedar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Nama sejenis pokok malar hijau yang kayunya keras, digunakan sebagai kayu hiasan untuk membuat pagar, pak dan sebagainya. Tumbuhan ini dikategorikan dalam keluarga pain, Cedrus spp.. |
stock character | watak kodi | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku dengan ciri khusus yang lazimnya terdapat dalam prosa klasik dan moden misalnya watak Pak Dogol dalam wayang kulit atau ibu tiri dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah. |
catachresis | salah ungkap | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan perkataan atau istilah yang tidak kena pada tempatnya. Ada kala ia berbentuk bahasa kiasan yang tidak munasabah. Contohnya, 'dia cerdik macam Pak Pandir' dan nasibnya baik seperti Lebai Malang. Sinonim katakresis . |
ideogram | ideogram | Kesusasteraan | Puisi | Imej atau gambaran wawasan pengarang yang terungkap sama ada secara tersurat mahupun tersirat dalam sesuatu diksi, frasa mahupun kalimat sesebuah puisi. Sebagai contoh pengungkapan imej ideogram ini dapat dilihat pada puisi "Pak Utih" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang. |
cynical | sinis | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan penyair untuk melahirkan unsur mengejek, mencemuh, memalukan atau mempersenda sesuatu atau seseorang. Walaupun unsur tersebut disampaikan dalam suasana bersahaja atau tersenyum, namun apabila dibacakan, kesannya kepada khalayak cukup ketara. Contohnya, puisi "Pak Kaduk Kembali ke Gelanggang" dalam antologi Puisi Sepanjang Zaman karya A. Wahab Ali. |
cycle story | cerita kitaran | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana. |