Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loungewearpakaian santaiFesyenTiadaSejenis pakaian kasual dan selesa yang sesuai dipakai untuk berehat dan berbaring di rumah.
athleisurepakaian sukan santaiSukanTiadaPakaian kasual dan selesa yang direka agar sesuai untuk senaman dan harian.
track suitpakaian trekSukanLumba BasikalPakaian yang digunakan untuk mengekalkan suhu badan sebelum atau selepas pertandingan.
closetruang pakaianKesenianHiasan DalamanRuang yang digunakan sebagai almari pakaian yang besar. Pada asalnya, ruang ini merupakan bilik persendirian yang mempunyai ruang duduk atau sudut.
outdoor attirepakaian luarFesyenTiadaTiada
crop topbaju sentengFesyenTiadaPakaian utk menutup bahagian badan sebelah atas yang dipotong pendek supaya menampakkan perut.
skinsuitbaju terusSukanLumba BasikalPakaian khusus yang baju dan seluarnya dicantum sekali.
apronapronKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPakaian untuk melindungi bahagian hadapan badan daripada kepanasan, ketajaman alat, dan kekotoran.
hazmat suitsut hazmatKesihatan AwamTiadaPakaian yang direka khas untuk melindungi petugas daripada bahan berbahaya, seperti bahan kimia dan agen biologi. Hazmat berasal daripada kependekan perkataan "hazardous" dan "material".
fast fashionfesyen segeraKesenianTiadaFesyen pakaian berharga rendah tetapi gayanya mengikut trend semasa yang bergerak pantas dengan koleksi baharu diperkenalkan secara berterusan.
123456

Kembali ke atas