packet conveyor | konveyor paket | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Konveyor yang digunakan untuk mengangkut paket-paket surat. |
packet switching | pensuisan paket | Aeroangkasa | Tiada | Cara penghantaran utusan melalui rangkaian komunikasi, membahagikan utusan yang panjang kepada paket-paket pendek. |
packet switching | pensuisan paket | Teknologi Maklumat | Tiada | Cara penghantaran utusan melalui rangkaian komunikasi, membahagikan utusan yang panjang kepada paket-paket pendek. |
source routing | penghalaan sumber | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang digunakan oleh penghala untuk menggerakkan data dalam bentuk paket antara dua rangkaian. Maklumat laluan dimasukkan dalam paket oleh komputer atau peranti penghantar. Apabila paket sampai ke peranti penghala, peranti itu akan membaca maklumat laluan dalam paket tersebut bagi menentukan port untuk menghantar paket tersebut ke laluan seterusnya. Kaedah ini menganggap peranti penghantar mengetahui topologi rangkaian, dengan demikian laluan tersebut ditentukan oleh penghantar. Dari sudut sekuriti, kaedah ini tidak begitu baik dalam persekitaran Internet kerana saiz rangkaian yang begitu besar untuk dipratentukan laluan. |
trace packet | paket jejak | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Paket data protokol mesej kawalan Internet (ICMP) yang digunakan dalam arahan penjejakan laluan seperti tracert. Paket ini melaporkan alamat lokasi laluan yang diambil dalam setiap langkah penyambungan rangkaian ke destinasi tertentu kepada komputer sumber. |
packet filter | tapis paket | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian tembok api yang kurang selamat. Tapis ini meneliti kandungan setiap paket yang masuk ke dalam atau ke luar dari suatu rangkaian dan mencari data tertentu. Contohnya, perisian yang menghalang paket dengan melihat alamat IP atau tandatangan virus pada paket tetapi mengetepikan keadaan sesi sambungannya. |
IP multicast | multisiar IP | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah penghantaran data dalam rangkaian menurut protokol Internet yang membenarkan beberapa komputer menerima penghantaran yang sama secara serentak. Ia lebih cepat jika dibandingkan dengan penghantaran paket demi paket kepada setiap komputer secara individu. Ia juga satu cara yang efisien untuk mengemas kini data yang tersimpan di beberapa lokasi jauh secara serentak. |
IP multicast | multisiar IP | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah penghantaran data dalam rangkaian menurut protokol Internet yang membenarkan beberapa komputer menerima penghantaran yang sama secara serentak. Ia lebih cepat jika dibandingkan dengan penghantaran paket demi paket kepada setiap komputer secara individu. Ia juga satu cara yang efisien untuk mengemas kini data yang tersimpan di beberapa lokasi jauh secara serentak. |
internet protocol (IP) | protokol internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang memastikan komputer yang bersambung ke internet dapat mengsegmenkan paket data dan cara paket data ini dapat sampai ke destinasi dengan selamat. |
SYN packet | paket SYN | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Paket permulaan yang dihantar untuk memulakan komunikasi TCP. |