force | kekerasan; paksaan; daya | Kesusasteraan | Tiada | 1. Daya: Satu kekuatan atau tenaga berkeupayaan luar biasa. |
taradiy | saling reda | Perniagaan Islam | Tiada | 1. Persetujuan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu akad. 2. Persetujuan pihak berakad tanpa sebarang unsur paksaan atau penipuan, salah nyata dan salah anggap. Taradiy merupakan manifestasi persetujuan antara pihak yang berkontrak seperti akad jual beli, sewa dan hadiah. Akad yang terbukti wujud unsur yang menjejaskan persetujuan seperti salah nyata boleh menyebabkan akad asal terbatal. |
Siede-Tate correlation for laminar flow | korelasi aliran lamina Siede-Tate | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan paksaan untuk pengaliran bendalir di dalam paip atau tiub pada keadaan aliran lamina yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai Nu = 1.86 (Re . Pr . D/L)1/3 (m/mw)0.14, dengan Nu = nombor Nusselt, Re = nombor Reynolds, Pr = nombor Prandtl, D = garis pusat, L = panjang, m = kelikatan, subskrip w = keadaan dinding. |
Deissler correlation | korelasi Deissler | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi bagi pekali pemindahan haba untuk pengaliran bendalir di dalam tiub atau paip yang pendek pada rejim aliran gelora serentak dengan pemindahan haba secara olakan paksaan yang diungkapkan sebagai hL/h� = 1 + (D/L)0.7, jika 2 < L/D < 20; hL/h� = 1 + 6D/L, jika 2 < L/D < 20; dengan hL = pekali pemindahan haba tiub pendek, h� = pekali pemindahan haba tiub panjang, D = garis pusat, L = panjang. Pekali pemindahan haba bagi tiup panjang boleh dianggarkan daripada sebarang korelasi yang L/D > 60. |
Steinberger-Treybal correlation | korelasi Steinberger-Treybal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi pemindahan jisim olakan paksaan berserta olakan semula jadi bagi sistem sfera yang jauh terasing dan hanya sistem satu sfera sahaja yang diungkapkan sebagai Sh = ShNC + 0.347 (Re Sc1/2)0.62, dengan Sh = nombor Sherwood, Re = nombor Reynolds, Sc = nombor Schmidt, subskrip NC = menandakan olakan semula jadi. Korelasi ini sesuai jika 1 � Re � 3 x 104 dan 0.6 � Sc � 3200. |
Dittus-Boelter correlation | korelasi Dittus-Boelter | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan paksaan untuk pengaliran bendalir di dalam paip atau tiub pada keadaan aliran gelora yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai Nu = 0.023 Re0.8 Prn, dengan Nu = nombor Nusselt, Re = nombor Reynolds, Pr = nombor Prandtl, N = pemalar (n = 0.4 pemanasan; n = 0.3 penyejukan). Korelasi ini sesuai pada keadaan 1. Re > 104 2. 0.7 < Pr < 100 3. L/D > 60 4. Sifat bendalir pada purata bendalir pukal. |
Siede-Tate correlation for turbulence flow | korelasi aliran gelora Siede-Tate | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan paksaan untuk pengaliran bendalir di dalam tiub atau paip pada keadaan aliran gelora yang diungkapkan dalam nombor Stanton sebagai St = 0.023 Re-0.2 Pr-2/3 (m/mw)0.14, dengan St = nombor Stanton, Re = nombor Reynolds, Pr = nombor Prandtl, m = kelikatan, subskrip w = keadaan dinding. Korelasi ini sesuai pada keadaan: 1. Re > 104 2. 0.7 < Pr < 17000 3. L/D > 60 4. Suhu pukal bendalir yang tinggi. |