accordion door | pintu palas | Kesenian | Tiada | Tiada |
kelarai belah ketupat | kelarai belah ketupat | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur makanan berbentuk ketupat palas yang dibelah. |
linaub silar(Mur.) | linaub silar(Mur.) | Kesenian | Tiada | Motif anyaman berunsur tumbuhan berbentuk daun palas. |
minor forest products | keluaran minor hutan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Semua keluaran hutan selain daripada keluaran utama termasuk buah-buahan hutan, seperti keranji, dabai dan tampoi; daun seperti daun mengkuang dan palas; eksudat seperti damar dan lateks; kulit kayu bakau dan hasil daripada haiwan, seperti madu lebah dan embalau. |
compound palmate | daun majmuk palmat | Botani | Tiada | Daun majmuk yang anak-anak daunnya terbentuk di hujung petiol dan memecah seperti jari-jari terbuka. Daun ini terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu trifoliat, kuadrifoliat dan mulufoliat. Contohnya, daun palas dan daun kacang tanah. |
Compound leaf | Daun majmuk | Pertanian | Tiada | Daun yang mempunyai lebih daripada satu anak daun yang tersusun pada rakis atau pelepah. Terdapat pelbagai jenis daun majmuk iaitu majmuk pinat, bipinat, trifoliat dan palmat. Contohnya daun belimbing, ubi kayu, legundi, lemuni, tenggek burung dan palas. |
compound leaf | daun majmuk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Daun yang mempunyai lebih daripada satu anak daun yang tersusun pada rakis atau pelepah. Terdapat pelbagai jenis daun majmuk, iaitu pinat, bipinat, trifoliat dan palmat. Contoh daun majmuk ialah daun belimbing, daun ubi kayu, daun legundi, daun lemuni, daun tenggek burung dan daun palas. |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�. |