design speed | halaju reka bentuk | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kelajuan paling tinggi yang selamat yang disyorkan untuk kenderaan dalam keadaan isi padu yang sederhana berasaskan ciri-ciri reka bentuk jalan. |
against-the-rule astigmatism | astigmatisme lawan arah | Sains Kesihatan | Tiada | Kuasa astigmatisme okular paling tinggi di meridian mendatar. |
with the rule astigmatism | astigmatisme ikut peraturan | Sains Kesihatan | Tiada | Astigmatisme okular dengan kuasa refraksi paling tinggi di meridian menegak. |
general sponsor | penaja umum | Ekonomi | Tiada | Yayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara tidak kurang daripada 50% jumlah tajaan dan dibenarkan menggunakan imej program serta mendapat liputan media yang luas. Penaja ini menjadi penaja paling tinggi jika tiada penaja perdana. |
general sponsor | penaja umum | Komunikasi | Tiada | Yayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara tidak kurang daripada 50% jumlah tajaan dan dibenarkan menggunakan imej program serta mendapat liputan media yang luas. Penaja ini menjadi penaja paling tinggi jika tiada penaja perdana. |
enriched fraction | fraksi diperkaya | Herba | Pemiawaian | Pecahan daripada ekstrak herba yang mempunyai kandungan bahan aktif yang lebih tinggi. Contohnya, fraksi etil asetat ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) mengandungi sebatian andrografolida paling tinggi. |
second ballot system | sistem undi kedua | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo. |
epipelagic zone | zon epipelagik | Sains Marin | Tiada | Zon pelagik lautan yang paling atas. Bermula di permukaan hingga ke kedalaman 200 m. Zon ini juga dikenali sebagai zon fotik dan menerima keamatan cahaya yang paling tinggi. Aktiviti fotosintesis dan penghasilan primer adalah tinggi dan menyumbang kepada produktiviti lautan secara keseluruhannya. |
hadopelagic zone | zon hadopelagik | Sains Marin | Tiada | Zon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma. |
photic zone | zon fotik | Sains Marin | Tiada | Bahagian atau zon paling atas lautan. Zon yang menerima penembusan cahaya matahari yang tinggi dan sebahagian besar proses fotosintesis berlaku di bahagian ini. Zon fotik juga merupakan kediaman bagi sebahagian besar hidupan laut (> 90%). Terdapat pelbagai ekosistem di zon ini seperti ekosistem rumput laut, ekosistem terumbu karang dan sebagainya. |