warm-up | panas badan | Sukan | Tiada | Tiada |
warm-up | panas badan | Sukan | Tiada | Tiada |
warm-up | panas badan | Sukan | Tiada | Tiada |
mammal | mamalia | Geologi | Tiada | Vertebrat dalam kelas mamalia yang mempunyai ciri seperti berdarah panas, badan berbulu, mempunyai kelenjar susu, dan induk betina yang menyusui anak. |
warm-up | panas badan | Sukan | Tiada | Aktiviti yang dilakukan untuk menaikkan kadar denyutan jantung dan menyediakan badan untuk aktiviti senaman secara fisiologi dan psikologi. Ia penting untuk mengelakkan kecederaan. |
three day fever | demam tiga hari | Biologi | Mikrobiologi | Nama am untuk demam yang disebabkan oleh riketsia bawaan nyamuk. Gejala demam ini ialah panas badan yang diiringi sakit kepala, dan ketumbuhan bintil makular. Jangka masa pengeraman ialah 5 hingga 18 hari, dan biasanya sembuh dalam tempoh 14 hari. |
Oxalis corniculata | sikup dada | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba kecil dan merayap dalam famili Oxalidaceae dan dikenali juga sebagai sekap dada atau semanggi gunung. Tumbuhan ini tumbuh melata di taman, di halaman rumah dan di dalam pasu. Batangnya kecil lembut dan berbulu. Daunnya jenis majmuk, bertangkai kecil dan panjang serta mengandungi tiga anak daun. Anak daun nipis berbentuk seperti jantung terbalik dan berlekuk dalam di hujungnya. Bunganya kecil berwarna kuning. Buahnya jenis kapsul mengandungi biji kemerah-merahan. Daunnya yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk mengurangkan panas badan. Daunnya juga dibuat kumur untuk sakit mulut dan gusi. Jus daun dititikkan ke mata untuk mengubati sakit mata dan gatal kelopak mata. Jus daun juga diminum untuk melegakan batuk. |
Physalis minima | cipluan | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba kecil yang bercabang dalam famili Solanaceae, yang dikenali juga sebagai cipulan atau letup-letup. Tumbuhan ini hidup liar di tanah terbiar yang banyak mengandungi bahan organik. Ketinggiannya boleh mencapai 50 cm. Daunnya jenis ringkas dan tersusun berselang. Daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi jarang. Bunganya kecil berwarna merah jambu dan berbintik perang. Buahnya kecil dan bulat diselubungi kaliks yang bercantum. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna kekuning-kuningan. Daunnya ditumbuk dibuat pupuk untuk merawat sakit kepala, sakit perut, gatal kulit dan sakit sendi. Air rebusan diminum untuk merangsang kencing, mengurangkan tekanan darah dan panas badan. Buahnya mengandungi alkaloid, asid sitrik, asid malik, gula, vitamin A dan C. Buah yang masak mengandungi sedikit fisalin, yang boleh menyebabkan pening sekiranya dimakan berlebihan. |
body temperature | suhu badan | Veterinar | Praklinikal | Kehangatan badan yang menjadi petanda kesihatan. Suhu badan menjadi petunjuk utama demam apabila melebihi paras normal. Pada amnya; haiwan terbahagi kepada dua kumpulan; iaitu haiwan berdarah sejuk dan haiwan berdarah panas. Haiwan berdarah sejuk seperti invertebrata; reptilia; amfibia dan ikan mempunyai suhu badan mengikut suhu persekitaran. Manakala haiwan berdarah panas pula seperti mamalia dan burung mempunyai suhu badan yang tetap tanpa dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Suhu badan haiwan boleh disukat melalui rektum. |
heat stroke | strok haba | Veterinar | Praklinikal | Keadaan apabila sistem pengawalaturan suhu badan gagal berfungsi dan menyebabkan suhu badan meningkat pada aras genting. Strok haba berlaku kerana suhu persekitaran tinggi dan kegagalan badan mengeluarkan haba. Petanda dan simptom strok haba ialah kegelisahan; muntah; cirit-birit; kulit panas; kering dan tidak berpeluh; suhu badan tinggi; kadar pernafasan tinggi; membran mukus merah cerah; lemah; terbaring; konvulsi; tidak sedarkan diri dan akhirnya koma. Sekiranya suhu badan terlampau tinggi sehingga menjangkau 42.8°C (109°F) akan membawa maut. |