Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu me­nyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu mem­buat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pan­dai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1 lekas mengerti serta faham akan sesuatu yg diajarkan; tidak bodoh; cerdik: Dlm darjahnya, dialah yg paling ~. 2 tahu serta dpt melakukan sesuatu; mahir: Bapa saya ~ berbahasa Jerman. 3 orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan; tukang: ~ emas tukang emas. memandai-mandai berbuat sesuatu mengikut fikiran sendiri; berbuat sekehendak hati; berlagak pandai: Jika tidak tahu, tak usahlah ~. kepandaian keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Memasang jerat sudah lama,
     Dapat seekor burung nuri;
Saya pergi tiada lama,
     Pandai-pandai menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(146)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chansonsajak senandungKesusasteraanPuisiPuisi yang sesuai untuk dinyanyikan atau disenandungkan bagi tujuan tertentu seperti untuk menghiburkan hati sendiri atau untuk mendodoikan anak. Pok amai-amai, Belalang kupu-kupu; Tepuk biar pandai, Malam upah susu. Buai tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Pandai baca kitab.
lullabydodoiKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khusus untuk dinyanyikan atau didendangkan. Bertujuan untuk menidurkan anak kecil sama ada dalam buaian ataupun di pangkuan ibu. Contohnya, Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Sudah pandai baca kitab.
mirror phasefasa cerminanKesusasteraanTiadaProses pengenalan dan pengertian diri dalam kajian mengenai ego. Pada tahun 1950-1960, seorang pengkritik Perancis Jacques Lacan menyarankan suatu teori strukturalisme yang dipengaruhi teori linguistik Ferdinand de Sausure untuk tujuan kaedah psikoanalitik. Konsep ini timbul hasil daripada uji kaji yang membandingkan reaksi antara kanak-kanak dengan beruk apabila melihat imej sendiri dalam cermin. Hal ini mencetuskan pandangan tentang proses yang dilalui seorang kanak-kanak yang belum dipengaruhi orang lain, yakni belum pandai menggunakan bahasa, mula mengenali diri serta mengerti konsep diri. Kanak-kanak menjalani kehidupannya berpandukan naluri, persepsi, dan ikatan pertalian yang bersepihan. Identiti diri yang terbentuk pada tahap pembesaran ini merupakan identiti bersifat khayalan yang dinamai tahap cerminan. Seterusnya, kanak-kanak akan berasakan bahawa dia dan ibunya adalah sama akibat ikatan simbiotik antara mereka. Ikatan ini seterusnya membentuk rasa bersatu narsisis palsu (a false narcissistic sense of unity). Nafsu dan naluri kanak-kanak adalah untuk ibunya. Persepsi dan fantasi narsisis tersebut membuatkan seseorang kanak-kanak bersikap ego. Oleh sebab ego terbentuk melalui persepsi dan fantasi narsisis, ego dikatakan asing daripada naluri bawah sedar dan pengaruh bahasa. Oleh itu, sebelum bahasa memberikan konsep �saya� pada kanak-kanak, mereka belum lagi mengenali atau mengerti konsep diri mereka sendiri.
nursery rhymenyanyian anakKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khas untuk kanak-kanak. Nyanyian anak atau puisi kanak-kanak ini diciptakan lebih sederhana sama ada dari segi pemikiran mahupun struktur dan teknik pengungkapannya berbanding dengan nyanyian remaja dan dewasa . Di samping itu, perkara yang diungkapkan sering mengandungi unsur-unsur nasihat, hiburan, pengajaran dan sebagainya. Nyanyian anak ini boleh dinyanyikan sendiri oleh kanak-kanak itu dan juga dinyanyikan oleh ibu yang hendak menidurkan anaknya. Contohnya, seperti pantun di bawah. Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Dah pandai baca kitab.

Kembali ke atas