ecriture | ecriture | Kesusasteraan | Tiada | Penulisan yang diberikan keutamaan berbanding dengan pengucapan. Sesuatu bentuk penulisan sama ada wacana, konteks sosial, politik dan linguistik semuanya membentuk makna. Dalam kesusasteraan, penulisan mempunyai empat makna seperti yang berikut: (a) penulisan sebagai gaya yang membentuk pandangan hidup dan bukan sesuatu yang neutral (b) penulisan sebagai aktiviti yang merujuk ke dalam diri, dan tidak di luar diri (c) penulisan sebagai difference, iaitu sesuatu yang maknanya sentiasa tertangguh dan berbeza (d) penulisan sebagai ecriture feminine, iaitu penulisan khusus tentang wanita yang bersifat gender. Ecriture berasal daripada perkataan Perancis bererti �penulisan� tetapi pengkritik sastera kurang gemar menggunakan perkataan ini kerana mereka berasa maksudnya kurang tepat. |
limited omniscience | serba tahu terbatas | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sudut pandangan seseorang pengarang dalam sesebuah karya sastera. Pengarang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap seseorang watak atau beberapa orang watak tertentu yang memainkan peranan dalam karya tersebut. Melalui sudut pandangan ini, pengarang akan menguasai seluruh perjalanan hidup watak, sama ada dari aspek luaran dan dalaman, termasuklah dalam mengutarakan pemikirannya. Keseluruhan perjalanan cerita berhubung kait dengan watak tersebut. Watak yang lain hanya diceritakan secara luaran sahaja. Sudut pandangan serba tahu terbatas ini kemudian berkembang menjadi salah satu teknik penceritaan utama dalam karya berbentuk stream of consciousness. |
autobiographic fiction | fiksyen autobiografi | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang mengisahkan riwayat hidup pengarang sendiri. Fiksyen autobiografi berbeza dengan autobiografi. Hal ini demikian kerana dalam fiksyen ini, pengarang boleh merubah, menukar atau menokok tambah mana-mana teks bertujuan untuk melindungi atau menyembunyikan peristiwa yang sebenar. Kadangkala, perubahan atau pertukaran dibuat untuk memadankan atau menyesuaikan cerita yang dikisahkan itu dengan tuntutan struktur sebuah novel atau cereka. Bentuk cerekanya sama tetapi menggunakan tokoh ternama sebagai watak yang dikenali sebagai roman a clef. Fiksyen autobiografi sering menggunakan sudut pandangan orang pertama atau sudut pandangan orang ketiga. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh fiksyen autobiografi dapat dilihat dalam novel al-Ayyam (Hari Demi Hari) oleh Taha Husayn, seorang penulis Mesir. Fiksyen autobiografi dikenali juga sebagai cereka autobiografi. Lihat juga aubiografi, autobiografi bersimulasi, roman � clef. |
picaresque novel | novel pikares | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang mengetengahkan watak kelas rendah sebagai protagonisnya. Fiksyen ini bersifat kembara dan disampaikan melalui sudut pandangan orang pertama. Protagonis yang digelar picaroon bergantung hidup dengan tipu helah dalam kehidupannya yang mencabar. Melalui analogi kehidupan picaroon yang perit, pengarang menggunakan latar ini untuk mengemukakan suatu bentuk satira khususnya dalam konflik kelas sosial. Novel ini bersifat episodik kerana jalan ceritanya mengikuti pengembaraan protagonis. Oleh yang demikian, novel ini mempunyai struktur yang longgar. Contoh novel pikares ialah Tom Jones karya Henry Fielding. Istilah picaro berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud �penjarah�. Lihat juga protagonis, satira. |