policy content | kandungan dasar | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sebarang perkara atau isu yang diperbincangkan dan dijadikan landasan serta panduan untuk melaksanakan sesuatu dasar. Tiga elemen penting yang perlu ada dalam sesuatu kandungan dasar ialah pernyataan matlamat, objektif dan strategi pelaksanaan. Kandungan dasar biasanya wujud daripada kajian dan penyelidikan yang berkaitan yang dipertanggungjawabkan oleh pihak tertentu untuk membantu menyelesaikan dan menyempurnakan sesuatu matlamat. Kandungan dasar ini boleh dikemas kini mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Biasanya, kandungan dasar mempunyai keterangan yang berkaitan dengan sesuatu perkara atau dasar yang hendak dilaksanakan. Contoh, antara kandungan Dasar Wawasan Negara ialah melahirkan masyarakat dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan. |
tax-based income policy | dasar pendapatan asas cukai | Ekonomi | Tiada | Dasar pendapatan yang menyediakan insentif cukai kepada pihak pengurusan dan pekerja yang mematuhi garis panduan upah dan kerja yang dibentuk oleh kerajaan. Mengikut dasar ini, kenaikan upah dan harga yang melebihi kadar yang dinyatakan dalam garis panduan akan dikenakan cukai dengan kadar yang tinggi. Oleh itu, firma dan kesatuan sekerja masing-masing tidak mempunyai insentif untuk menuntut kenaikan harga dan upah yang berlebihan. |
microeconomic policy | dasar mikroekonomi | Ekonomi | Tiada | Dasar ekonomi yang menggunakan teori mikroekonomi sebagai panduan yang bertujuan untuk mencapai peruntukan sumber yang optimum. Dasar mikroekonomi perlu dalam keadaan tertentu apabila terdapat kegagalan pasaran, atau apabila barang-barang atau perkhidmatan tidak dapat diperuntukkan mengikut mekanisme pasaran. Alat dasar yang sering digunakan ialah cukai atau subsidi. |
policy | dasar | Pengurusan | Perancangan | Ketetapan atau peraturan yang digubal oleh pihak pengurusan atasan sebagai garis panduan penting dalam melaksanakan pentadbiran dan operasi organisasi. Dasar yang digubal seharusnya selaras dengan keperluan asas untuk mencapai wawasan dan objektif organisasi. Dasar perlu bersifat jelas serta mudah untuk difahami oleh pekerja di semua peringkat bagi melancarkan proses pelaksanaan pentadbiran dan operasi organisasi. Contohnya, dasar kualiti sesebuah organisasi yang ditetapkan sebagai panduan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ke arah pencapaian pensijilan ISO 9001. |
business policy | dasar perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Ketetapan yang ditentukan oleh pengurusan organisasi untuk menjadi garis panduan yang boleh membantu ahli organisasi membuat keputusan dalam ruang lingkup tertentu tanpa perlu merujuk kepada pihak atasan. Dasar perniagaan merupakan ketetapan jangka panjang yang digunakan untuk memantau setiap keputusan dan aktiviti berkaitan. Dasar perniagaan boleh mencakupi setiap fungsi utama organisasi termasuk dasar perolehan sumber manusia, dasar kewangan dan dasar dalam urus niaga operasi. |
administrative theory | teori pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pendapat, asas, dasar atau prinsip-prinsip am yang menjadi panduan dalam perkembangan ilmu pentadbiran. Tiga aspek yang perlu diberi perhatian bagi menjelaskan ‘Teori Pentadbiran’ ialah pemulihan, pembaharuan dan pemodenan pentadbiran. Pemulihan berkaitan dengan mengubah suai dan memperbaharui jentera pentadbiran. Manakala pembaharuan dan pemodenan pentadbiran merangkumi perubahan dalam prosedur, sikap pentadbir dan program serta dasar-dasar tindakan kerajaan. Pelopor kajian tentang teori pentadbiran ialah Woodrow Wilson (1887). |
quadrature | kuadratur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Formula pengamiran berangka yang terlalu banyak pilihan bebas tanpa panduan tertentu untuk memilih titik dasar, kedudukan titik dasar, jenis formula yang sesuai, dan juga tertib polinomial untuk memberikan ralat minimum. Kuadratur merupakan singkatan bagi kuadratur mekanikal. |
income policy | dasar pendapatan | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi, terutama inflasi melalui kawalan langsung ke atas harga dan mengadakan garis panduan kenaikan upah mengikut kadar daya pengeluaran pekerja. Ini bererti, kenaikan upah pekerja dibenarkan apabila daya pengeluaran pekerja bertambah. Dengan cara ini, masalah inflasi tolakan kos dapat dibendung. |
administrative policy | dasar pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Garis panduan yang dibuat oleh pengurusan tertinggi sesebuah organisasi untuk menerangkan, menjelaskan, memandu atau memberikan pemahaman jelas yang berkaitan dengan tindakan dalam melaksanakan tataurusan pentadbiran. Dasar ini menjadi asas segala tindakan dan pengurusan pentadbiran khususnya dalam pembuatan keputusan. |
business policy | dasar niaga | Pentadbiran | Tiada | Garis panduan yang perlu diikuti oleh eksekutif dalam sesebuah organisasi semasa membuat keputusan. |