Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Selengut diperbuat daripada buluh dan mempunyai tiga atau empat lubang jari. Alat muzik ini ditiup pada pangkal dengan nafas daripada hidung. Selengut dimainkan oleh suku kaum Kajang dan Orang Ulu di Sarawak sebagai hiburan. Alat muzik yang menghasilkan melodi ini dikenali juga sebagai selingut. Sinonim selingut.
Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid. Serunai berasal dari Timur Tengah dan mempunyai kaitan dengan alat muzik surnay. Alat muzik ini dibawa ke Malaysia oleh pedagang Arab. Badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Alat muzik ini ditiup pada pangkal dengan nafas yang berterusan untuk menghasilkan melodi dalam lagu. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, serunai terdapat dalam pelbagai sai
Thanks for clicking. That felt good.