Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan dll); ~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata ber­hampiran hidung; ~ nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha se­belah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (pene­rima tetamu); berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll); berpangkalkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; memangkal, mangkal Jk berhenti di se­suatu tempat yg tertentu (teksi dll); memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal ter­bang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll); terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba; pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ ar-mada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll); berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian yg mula-mula drpd sesuatu; bahagian yg terdekat dgn badan dll; lw hujung: ~ batang; ~ lengan; ~ paha. 2 bahagian permulaan drpd sesuatu peristiwa dll; awal: Peperiksaan di universiti diadakan pd tiap-tiap ~ tahun. 3 apa-apa yg dianggap sbg pokok atau sbg dasar sesuatu; punca atau sebab berlakunya sesuatu: Apakah yg menjadi ~ kemiskinan rakyat di luar bandar? pangkalan 1 tempat kapal berlabuh; tempat menambat perahu di tepi sungai. 2 tempat mengumpulkan barang dagangan. 3 tempat (spt lapangan terbang) yg dijadikan pusat utk melancarkan serangan. ~ data ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Taruh baja di pangkal pokok,
     Semai bayam dengan bijinya;
Riuh rendah ayam berkokok,
     Sehari sebiji nampak telurnya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Hemat pangkal kaya,
     sia-sia hutang tambah.

Bermaksud :

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
root chordrentas pangkalAeroangkasaTiadaRentas di pangkal sayap yang diukur pada satah simetri pesawat udara.
root cracksretakan pangkalTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang berlaku pada pangkal kimpalan di bahagian permukaan bawah. Retakan ini disebabkan oleh kelesuan mekanik dan perubahan suhu pada kimpalan.
butt treatment methodkaedah rawatan pangkalBuluhTiadaKaedah mengawet buluh dengan menyusun buluh yang baru ditebang secara menegak dengan pangkalnya di bawah, di dalam tong berisi bahan pengawet. Lazimnya daun buluh tidak dibuang dan dibiarkan sepanjang tempoh pengawetan.
justifiedsejajar-TiadaSusunan pangkal dan hujung teks yang selajur.
unjustifiedtak sejajar-TiadaSusunan pangkal dan hujung teks yang tidak selajur.
conekonSukanLumba BasikalAlat berbentuk bulat di pangkal dan menirus ke atas, yang digunakan sebagai penanda laluan bagi lumba basikal jelajah dan jalan raya, yang diadakan secara lumba litar.
valve facemuka injapKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian condong pada pangkal injap berbentuk cendawan yang bersentuhan dengan dudukan injap. Bahagian ini dicanai pada sudut tertentu untuk membentuk permukaan yang licin supaya sentuhan yang sempurna dapat dihasilkan.
beginning rhymerima awalKesusasteraanPuisiPenggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
form factorfaktor bentukPerhutananTiada1. Nisbah isi padu kayu yang diperoleh daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 meter. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian. 2. Nisbah modulus kepecahan batang rasuk yang mempunyai bentuk dan ukuran tertentu kepada modulus kepecahan rasuk piawai.
undercutunderkutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran dalam kimpalan yang berpunca pada tepi kimpalan. Ketakselanjaran ini boleh berlaku pada akar dan pangkal kimpalan. Hal ini boleh menyebabkan tumpuan tegasan pada kimpalan.
12

Kembali ke atas