Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-­larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pen­dek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai­-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan ber­lanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, ber­panjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan me­manjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Pr panggilan kpd anak lelaki ke­empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini, tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stringrentetanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSusunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap dan rentetan panjang boleh ubah. Rentetan panjang tetap adalah rentetan yang mempunyai panjang maksimum yang tetap, yang menggunakan saiz ingatan yang sama, sama ada panjang maksimum ini dicapai ataupun tiak dicapai. Rentetan panjang boleh ubah pula merupakan rentetan yang mempunyai panjang yang tidak tetap, yang menggunakan saiz ingatan bergantung kepada saiz atau panjang rentetan itu sendiri. Rentetan panjang boleh ubah sering digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden.
wavelength dispersive X-ray spectroscopy (WDXS)spektroskopi sebaran panjang gelombang sinar-X (WDXS)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk mengukur keamatan sinar-X pada panjang gelombang tertentu yang dibelaukan oleh bahan hablur. Sinonim spektroskopi sebaran panjang gelombang (WDS).
long bonetulang panjangSains SukanBiomekanikStruktur tulang yang terdiri daripada bahagian batang (diafisis) dan dua bahagian hujung, yang dikenali sebagai epifisis. Tulang panjang merupakan tulang yang keras dan padat. Salah satu fungsi tulang ini adalah untuk menghasilkan sel darah merah melalui sumsum tulang. Tulang panjang terdapat pada anggota tubuh seperti tangan (ulna, humerus) dan kaki (femur, tibia).
pulse lengthpanjang denyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJulat masa antara titik-titik tempat nilai pada pinggir depan dengan pinggir belakang yang mempunyai hubungan tertentu terhadap amplitud denyut puncak. Nilai panjang denyut mempengaruhi resolusi prob. Hal ini bergantung kepada standard, biasanya panjang/lebar denyut diukur pada aras 20% Ketinggian Skrin Penuh (FSH), apabila kepekaan disetkan pada ketinggian ujian yang ditetapkan.
fibre lengthpanjang serabutBuluhTiadaUkuran panjang dari satu hujung ke hujung yang lain pada serabut buluh, dalam unit mikrometer (�m).
pathyway lengthpanjang laluanKimiaKimia AnalisisJarak atau panjang laluan alur cahaya dalam spektrometer misalnya spektrometer inframerah dan ultralembayung yang ditentukan oleh tebal sel yang diisi dengan sampel.
multiwavelengthpanjang gelombang berbilangFizikTiadaBerkaitan dengan keupayaan operasi pada beberapa atau banyak panjang gelombang.
long-term assetaset jangka panjangEkonomiTiadaAset kewangan yang mempunyai masa matang yang panjang, biasanya satu tahun atau lebih, atau yang tidak mempunyai masa matang yang pasti. Misalnya, simpanan tetap yang melebihi satu tahun, bon yang hanya boleh ditebus selepas satu tahun.
wavelength dispersive spectroscopy (WDS)spektroskopi sebaran panjang gelombang (WDS)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanLihat spektroskopi sebaran panjang gelombang sinar-X (WDXS).
long term policypolisi jangka panjanginsuransTiadaPolisi kumpulan atau perseorangan yang memberikan tempoh perlindungan yang lebih panjang daripada biasa.
12345678910...

Kembali ke atas