panji | panji | Kesusasteraan | Tiada | Gelaran yang diberikan kepada wira dalam kelompok cerita panji. Cerita panji merujuk kepada sejenis genre atau sekelompok cerita jawa yang dicirikan oleh watak, tema, latar dan plot yang tipikal. Cerita Panji ialah cerita Jawa asli, dan temanya bukan saduran daripada epik India. Cerita panji dipercayai tersebar pada zaman kerajaan Hindu-Jawa di Majapahit. Oleh itu, cerita ini memperlihatkan pengaruh budaya Hindu-Jawa yang pekat dan tidak menampakkan langsung pengaruh Islam. Cerita panji ialah cerita sastera istana yang berfokus kepada keperihalan hidup dan budaya istana. Cerita panji dikatakan sebagai sebuah epik kerana ceritanya yang panjang dan bersifat kewiraan, dan cerita ini dianggap sebuah roman kerana sarat dengan tema percintaan. Ceritanya berkisar tentang empat buah kerajaan Jawa, iaitu Koripan, Daha, Gagelang dan Kediri. Temanya berfokus pada percintaan antara Raden Inu, iaitu Puteri Ratu Koripan dengan Chandera Kirana, iaitu Puteri Ratu Daha. Cerita Panji disampaikan dalam bentuk prosa dan puisi. C |
ensign | panji-panji | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
ensign | panji-panji | Undang-undang | Tiada | Tiada |
kidung | kidung | Muzik | Tiada | Nyanyian puisi klasik Bali dan Jawa dalam meter asli Jawa. Liriknya tentang kasih sayang dan peperangan dalam cerita panji. Panji ialah seorang wira dari Jawa Timur yang sedang mencari isterinya, Chandra Kirana yang telah hilang. Kidung juga dinyanyikan dalam teater gambuh dengan iringan gamelan gambuh. |
snow banner | panji salji | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Salji yang diterbangkan dari puncak gunung. Kadangkala disalah anggap sebagai asap gunung berapi atau awan panji. |
banner cloud | awan panji | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Jalur awan pegun yang kelihatan terlekat dan sering terdapat menganjur mengikut arah angin dari puncak gunung yang terpencil. Awan panji berbentuk seperti bendera panjang. |
punakawan (Jw.) | punakawan | Kesusasteraan | Tiada | Para pengiring yang setia kepada seorang wira atau wirawati khususnya, dalam cerita Panji dan lipur lara. Contoh: Cerita Panji: Jurudeh, Prasanta. Lipur lara: Si Kembang Cina dan Bujang Selamat. |
type | tipa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu. |
byline | panji pengarang | Perpustakaan | Tiada | Berita utama di dalam akhbar atau makalah yang mencerminkan pendapat dan pemikiran pengarangnya. |
Colour Sergeant | Sarjan Panji | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |