islet of Langerhans | kelompok Langerhans | Fizik | Nanoteknologi | Kelompok sel yang berbentuk bulat atau bujur, yang berselerak di seluruh pankreas, dan bertindak sebagai kelenjar endokrin yang menghasilkan insulin dan hormon seperti lipokaik. Kelompok Langerhans dikenali juga sebagai kelompok pankreas. |
acute pancreatitis | pankreatitis akut | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi akut pada pankreas yang dicirikan oleh kesakitan pada kuadran atau abdomen yang menembusi ke bahagian belakang. |
alpha cell | sel alfa | Kejururawatan | Tiada | Sel di pepulau Langerhans pankreas yang merembeskan glukagon. |
amylase | amilase | Kejururawatan | Tiada | Enzim yang terdapat dalam air liur dan jus pankreas. Ia memangkinkan penguraian kanji kepada glukosa, maltosa, dan dekstrin. |
abdominal cavity | kaviti abdomen | Kejururawatan | Tiada | Bahagian di antara diafragma dengan pelvik yang mengandungi hepar, pundi hempedu, gaster, pankreas, limpa dan usus. |
insulin | insulin | Fizik | Nanoteknologi | Hormon protein yang terlibat dalam metabolisme karbohidrat dan lemak yang dihasilkan oleh sel beta daripada kelompok Langerhans dalam pankreas. Insulin berfungsi mengawal kandungan gula di dalam darah. |
Zollinger-Ellison's syndrome | sindrom Zollinger-Ellison | Kejururawatan | Tiada | Sindrom yang merangkumi tiga keadaan yang berikut: iaitu ulser peptik, kehiperasidan gaster dan kewujudan tumor sel pepulau pankreas. |
endocrine gland | kelenjar endokrin | Kejururawatan | Tiada | Kelenjar yang menghasilkan satu atau lebih hormon dan merembeskannya terus ke dalam aliran darah tanpa melalui duktus. Kelenjar-kelenjar endokrin termasuk kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, ovari, testis dan Pepulau Langerhans di pankreas. |
tissue engineering | kejuruteraan tisu | Fizik | Nanoteknologi | Teknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan. |