Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) ber­cakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : Jw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn), sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan, segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka; sepantasnya selayaknya, sepatutnya: “Tidak tuan,” jawabku dgn suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana ~ bagi orang yg sudah berkahwin; memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll), mematut; pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1 dpt bergerak atau berlaku dgn cepat; lekas; laju: Mereka terus juga berkayuh dgn ~ menuju ke seberang. 2 dpt berbuat sesuatu dgn mahir; cekap: Kakak saya lebih ~ memasak drpd mengemas rumah. 3 layak; patut: Gaji yg tidak seberapa itu tidak ~ baginya sbg seorang yg mempunyai kepakaran. 4 sesuai; sepadan: Baju yg sangat terang warnanya tidak ~ dipakai oleh orang yg sudah berumur. memantaskan menjadikan pantas; mencepatkan: Aminah ~ langkahnya ketika hampir dgn garisan penamat. kepantasan 1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantas (adjektif)
1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat, segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat,
Berantonim dengan lembap

2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap,
Berantonim dengan lembam

Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan,

Peribahasa

Pantas seperti lipas.

Bermaksud :

Cepat bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stacking sportssukan susun pantasSukanTiadaPermainan secara individu atau berpasukan untuk menyusun 9 atau 12 cawan dengan pantas mengikut jujukan tertentu dan kebiasaannya jujukan piramid, iaitu 3, 6 dan 10.
fast tracklaluan pantasPendidikanTiadaKaedah segera melalui laluan, kursus dan program khas bagi memperoleh sesuatu atau mendatangkan hasil dengan lebih cepat daripada kebiasaan.
rapid tranquilisationtrankuilisasi pantasPerubatanPsikiatriProses untuk menenangkan pesakit dengan menyuntik ubat sehingga keadaan pesakit terkawal.
quick winslangkah pantasUmumTiadaInisiatif jangka pendek untuk memulakan langkah pelaksanaan transformasi bagi mencapai keberhasilan dalam tempoh masa terdekat.
scratch racelumba pantasSukanLumba BasikalPerlumbaan lepas beramai-ramai,sama ada acara balapan,atau acara jalan raya jarak dekat yang lazimnya antara 5-20 km.
quick service restaurantrestoran perkhidmatan pantasPelanconganTiadaKedai yang menyediakan perkhidmatan makanan segera yang cepat, seperti Kentucky Fried Chicken dan McDonald.
rapid test kit (RTK)kit ujian pantasKesihatan AwamTiadaTeknik yang digunakan untuk mengesan antibodi yang dihasilkan dalam tubuh manusia daripada jangkitan, dan antibodi ini hanya muncul pada hari ke-5 atau ke-8 jangkitan.
QR codekod QR/kod respons pantasTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
witwitKesusasteraanTiadaCiri ujaran yang bersifat padat, pantas, dan disusun untuk melahirkan humor dan kesan komik secara mengejut. Kejutan disebabkan oleh kepincangan antara perkataan dengan konsep yang diujarkan di luar jangkaan khalayak, justeru menghasilkan jenaka yang melucukan. Pada kurun ke-17, wit merujuk kepada dialog yang bertenaga dan pintar. Wit pernah diistilahkan oleh penyair Inggeris, Dryden sebagai suatu metafora yang tajam. Wit biasanya dikaitakan dengan puisi metafizikal yang banyak menggunakan metafora lanjutan. Contoh puisi metafizikal ditemui dalam sajak berjudul The Flea oleh Donne. Dalam puisi ini, dua objek yang dibandingkan, iaitu cinta dan kutu, menimbulkan kejanggalan yang mengejutkan sehingga menimbulkan suasana humor. Lihat juga metafora, puisi metafizikal.
memoryingatanFizikNanoteknologiPeranti yang dapat menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat digital dengan pantas. Peranti ini diperbuat daripada filem tipis bahan magnet ataupun filem tipis bahan optik. Memori digital diukur dalam bit, seperti kilobit dan megabit. Contoh penggunaan memori adalah pada cip RAM dalam komputer, cakera padat, pemacu pena dan pita video. Sinonim memori.
1234

Kembali ke atas