Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tul] | ڤنتول

Definisi : ; memantul 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding), menganjal, me­lantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2. berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, gelom­bang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata; memantul-mantul memantul beberapa kali atau berulang kali: bola itu kelihatan ~ lalu masuk ke dlm kolam; memantulkan menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul; terpantul terkena pantul: sinar yg ~; pantulan 1. gerakan memantul (mengam­bul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi; pemantulan perihal (proses, perbuatan dsb) memantul atau memantulkan: ~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron; Amanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pd paras selesa; pemantul permukaan (objek) yg meman­tulkan cahaya, bunyi, dll: dinding itu boleh menjadi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tul] | ڤنتول

Definisi : ; memantul 1 berbalik kembali apabila dilontarkan ke benda-benda keras; mengambul; menganjal. 2 berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, bunyi dsb). 3 ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): Pasaran ~ dan mencecah paras selesa. memantulkan menyebabkan sesuatu memantul: Gelombang radio dihantar ke bulan oleh alat pemancar dan dipantulkan semula ke bumi. pantulan 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. pemantulan proses, perbuatan dsb memantul atau memantulkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantul
Kata Terbitan : memantul, pantulan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retro-reflective plastic sheetinglembaran plastik pantul balikPenilaian Harta TanahTiadaTiada

Kembali ke atas