Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tu.lan] | ڤنتولن

Definisi : 1. gerakan memantul (mengam­bul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tu.lan] | ڤنتولن

Definisi : 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantul
Kata Terbitan : memantul, pantulan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
attenuated totol reflectancepantulan keseluruhan dikecilkanKimiaKimia AnalisisKaedah analisis spektrofotometri yang berasaskan pantulan tenaga pada antara muka dua bahantara dengan indeks bias yang berlainan; kedua-dua bahantara ini dalam keadaan sentuhan optik antara satu sama lain.
reflection coefficientpekali pantulanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikParameter untuk mengukur peratus tenaga yang dipantulkan akibat interaksi antara gelombang bunyi dengan bahan. Apabila gelombang bunyi bertemu dengan sempadan dua media, sebahagian tenaga bunyi akan dipantulkan yang dikenali sebagai pekali R. Pekali R diberikan formula seperti yang berikut: Pekali pantulan, R = 1 - (4Z1Z2/(Z1 + Z2 )^2, Dengan Z1 dan Z2 ialah impedan akustik dalam dua bahan berbeza. Lihat juga pemantul, pekali penghantaran. Jadual menunjukkan nilai pekali pantulan R pada sempadan antara medium-medium yang berbeza. Contohnya antara aluminium dengan air, pekali pantulan ialah 72. Ini bermaksud 72% gelombang bunyi dipantul semula ke dalam aluminium yang terendam dalam air.
Fresnel equationpersamaan FresnelNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPersamaan yang menerangkan pantulan dan penghantaran cahaya yang menimpa antara dua muka yang berbeza media optik seperti udara dan air. Persamaan Fresnel boleh diungkapkan sebagai: dengan Ts = pembelauan, Rs = pantulan, n1 = indeks belauan (medium 1), n2 = indeks belauan (medium 2), ?i - sudut pantulan atau sudut tuju dan ?t = sudut penghantaran
reflection high energy electron diffraction (RHEED)pantulan pembelauan elektron tenaga tinggi (REED)FizikNanoteknologiTeknik untuk mendapatkan maklumat struktur permukaan suatu bahan menggunakan kesan pantulan daripada pembelauan elektron tenaga tinggi. Dalam kaedah ini, alur elektron dituju kepada sampel pada sudut yang menghampiri sudut imbasan supaya elektron bergerak di sekitar permukaan dan tidak bergerak jauh ke dalam sampel. Teknik ini sensitif kepada struktur permukaan dan hasil corak pembelauan dipaparkan pada skrin yang bersalut fosfor.
angle of reflectionsudut pantulanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSudut di antara arah perambatan gelombang yang dipantulkan oleh suatu permukaan dengan garis yang serenjang dengan permukaan pada titik pantulan.
back reflection signalisyarat pantulan belakangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikIsyarat yang terhasilapabilatenaga ultrasonik dipantulkan daripada permukaan belakang bahan uji yang berlawanan arah dengan permukaan prob yang digunakan. Isyarat ini digunakan secara meluas untuk mengukur ketebalan bahan dan mengesan ketakselanjaran.
pulse reflection techniqueteknik pantulan denyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLihat teknik gema denyut.
cylindrical reflected pilesusunan pantulan silinderSains NuklearKejuruteraan ReaktorReka bentuk teras reaktor nuklear yang menggunakan elemen bahan api berbentuk silinder yang dikelilingi oleh pemantul berbentuk silinder bagi mengekalkan tindak balas rantai nuklear.
foveal reflexrefleks foveaSains KesihatanTiadaPantulan cahaya dari foveola.
fundus refleksrefleks fundusSains KesihatanTiadaPantulan cahaya dari fundus.
123

Kembali ke atas