Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pa.ran] | ڤاڤرن

Definisi : 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa.ran] | ڤاڤرن

Definisi : 1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digital displaypaparan digitalKomputerTiada1. Paparan yang menggunakan nombor untuk mempamerkan sesuatu nilai. Paparan ini berlawanan dengan paparan analog yang menggunakan pembahagian skala atau penunjuk lain. 2. Paparan yang dapat mempamerkan data atau gambar melalui kaedah pemprosesan isyarat digital.
display modemod paparanTeknologi MaklumatTiadaTeknologi paparan video untuk skrin paparan komputer. Mod ini memerihalkan resolusi, bilangan warna dan kedalaman paparan. Mod ini dikawal sama ada menggunakan kad grafik tertentu atau perisian. Contoh kad grafik ialah Penyesuai Grafik Warna (CGA), Penyesuai Grafik Dipertingkat (EGA), Tatasusunan Grafik Video (VGA), Tatasusunan Grafik Diperluas (XGA) dan Tatasusunan Grafik Video Super (SVGA). CGA, VGA, EGA, dan XGA telah tidak digunakan lagi.
display modemod paparanTeknologi MaklumatTiadaTeknologi paparan video untuk skrin paparan komputer. Mod ini memerihalkan resolusi, bilangan warna dan kedalaman paparan. Mod ini dikawal sama ada menggunakan kad grafik tertentu atau perisian. Contoh kad grafik ialah Penyesuai Grafik Warna (CGA), Penyesuai Grafik Dipertingkat (EGA), Tatasusunan Grafik Video (VGA), Tatasusunan Grafik Diperluas (XGA) dan Tatasusunan Grafik Video Super (SVGA). CGA, VGA, EGA, dan XGA telah tidak digunakan lagi.
display iconarca paparanKomputerTiadaArca yang digunakan untuk mewakili paparan. Arca ditukarkan kepada paparan dengan menggunakan peranti penunjuk seperti tetikus, bola jejak, atau kayu bidik.
scrollingpenatalanPendidikanTiadaTindakan menambah sebaris maklumat pada paparan projektor overhed, unit paparan visual dan lain-lain dengan menggerakkan paparan asal ke atas dan ke bawah hingga sebahagiannya hilang daripada pandangan.
backlit displaypaparan cahaya belakangTeknologi MaklumatTiadaSejenis paparan yang mempunyai sumber cahaya sendiri daripada latar belakang skrin bagi membolehkan paparan atau huruf pada skrin LCD lebih jelas kelihatan dan latar belakang lebih cerah. Paparan ini digunakan oleh kebanyakan skrin komputer bimbit/buku.
display characteraksara paparanTeknologi MaklumatTiadaSimbol grafik untuk aksara yang terbentuk pada skrin paparan seperti huruf abjad atau nombor. Bentuk fon aksara sebenar yang dipapar pada skrin paparan bergantung kepada pustaka set kod aksara. Pustaka set ini berada di dalam ROM atau media storan sekunder. Cetakan aksara paparan tidak semestinya WYSIWYG iaitu hasil paparan tidak semestinya sama dengan hasil cetakan.
light emitting diode display (LED display)paparan diod pancaran cahaya (paparan LED)KomputerTiadaTiada
LCD (liquid crystal display)LCD (paparan kristal cecair)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi paparan yang menggunakan kristal cecair yang merupakan molekul berbentuk rod. Apabila arus elektrik mengalir, molekul akan dipintal yang menyebabkan beberapa gelombang cahaya dihalang dan membenarkan yang lain melaluinya untuk mencipta paparan yang dikehendaki.
decatenatenyahjeraitKomputerTiada1. Tindakan membuka atau memburaikan satu rentetan kepada dua atau tiga rentetan kecil. 2. Tindakan memburaikan baris paparan daripada baris paparan seterusnya atau sebelumnya.
12345678910...

Kembali ke atas