Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.dig.ma] | ڤاراديݢما

Definisi : 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yg jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yg diterima sbg ~ yg universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pd sesuatu masa yg dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yg ada; anjakan ~ peralihan paradigma drpd satu ling­kungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paradigma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paradigm shiftanjakan paradigmaPengurusanPerancanganPeralihan pemikiran seseorang atau organisasi secara menyeluruh kepada suatu keadaan atau pendirian baharu dan biasanya yang lebih baik. Anjakan paradigma boleh berlaku dengan pengaruh faktor latar belakang pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran seseorang. Anjakan paradigma juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh faktor luaran seperti perubahan situasi atau desakan pihak tertentu. Punca sesuatu anjakan paradigma berlaku adalah disebabkan oleh situasi yang sudah tidak relevan dan statik yang memerlukan perubahan ketara. Contoh anjakan paradigma ialah penekanan kepada perubahan cara kerja berasaskan teknologi maklumat, disebabkan oleh penggunaan kaedah manual yang tidak lagi relevan.
administrative Platonismfaham pentadbiran PlatoPentadbiranPentadbiran Awam

Paradigma yang mempercayai bahawa pentadbiran awam seharusnya menekankan piawai etika yang tinggi sebagai mengimbangi kuasa birokratik. Paradigma ini dipelopori oleh Paul Appleby. Beliau menggariskan lima prinsip moral pentadbir awam iaitu, (i) memiliki perasaan bertanggungjawab (ii) kemahiran berkomunikasi dan mentadbir sumber manusia (iii) berkeupayaan untuk memantap dan menggemblengkan sumber institusi (iv) bersedia untuk menghadapi sebarang masalah serta bekerja dengan pihak lain sebagai satu pasukan dan (v) mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memperkenalkan idea baru. Paradigma ini juga menekankan bahawa pentadbir yang berwibawa jarang menggunakan kuasa birokrasi secara tegar sebagai jalan keluar bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

paradigm shiftanjakan paradigmaPentadbiranPentadbiran Awam

Perubahan menyeluruh cara berfikir dalam menganalisis sesuatu perkara atau isu. Pendekatan ini berpegang kepada perubahan yang holistik dalam sesuatu pemikiran untuk kesempurnaan hasil dan kecemerlangan. Anjakan paradigma tidak percaya kepada perubahan secara beransur-ansur atau secara berperingkat. Contohnya, kajian pentadbiran atau kajian sosial secara mudah perlu ditukar sepenuhnya kepada kajian bersifat empirikal, bancian dan statistik untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.

object-oriented programmingpengaturcaraan berorientasikan objekTeknologi MaklumatPerisianParadigma pengaturcaraan yang menggunakan objek dan interaksinya bagi mereka bentuk aplikasi dan atur cara komputer. Teknik pengaturcaraan ini melibatkan ciri-ciri seperti pengkapsulan, kemodulatan, polimorfisme dan warisan. Pengaturcaraan berorientasikan objek berbeza dengan paradigma lama yang melihat atur cara sebagai kumpulan tugas yang dibuat sebagai subatur cara. Dalam pengaturcaraan ini, setiap objek berupaya menerima mesej, memproses data dan menghantar mesej kepada objek lain. Teknik pengaturcaraan berorientasikan objek banyak digunakan dalam pembangunan aplikasi perisian. Teknik ini banyak digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden seperti Java dan C++.
paradigmparadigmaGeografiTiadaTiada
paradigmparadigmaKomunikasiTiadaTiada
paradigmparadigmaLinguistikTiadaTiada
paradigmparadigmaPendidikanTiadaTiada
paradigmparadigmaPentadbiranTiadaTiada
paradigmparadigmaPerpustakaanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas