Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : sj pisau besar, golok; jenis-jenisnya: ~ belitung, ~ candung, ~ lading, ~ puting, dll; ~ gabus menjadi spt ~ besi prb tidak disangka orang yg lemah menjadi kuat dan berkuasa; bagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya melakukannya; belakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam prb a) orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b) orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat; spt ~ mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; mendebek mata ~ prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga yg menyesal; berparang 1. membawa (memakai atau menggunakan) parang: ada yg berlembing, ~ dan berkeris; 2. bergaduh atau berkelahi dgn menggunakan parang: hampir-hampir mereka ~ di sungai; memarang 1. menetak (memotong dll) dgn parang (golok dll): mereka meluru dan ~ kiri dan kanan; 2. memberi garisan panjang (mencoret) pd tulisan yg salah; memarangkan menetakkan (parang, golok, pedang): dihunuskannya pisau dr pinggangnya dan diparangkannya kpd anak kera itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : ; ikan ~ = ikan parang-parang sj ikan laut, Chirocentrus dorab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : ; sakit ~ = sakit parangan sj penyakit kulit pd tengkuk atau hidung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : sj alat drpd besi yg bermacam-macam bentuknya tetapi lebih besar drpd pisau, digunakan utk memotong, sbg senjata dsb; sj golok: ~ lading; ~ puting. memarang memotong atau menetak dgn parang. memarangkan menggunakan sesuatu sbg parang utk menetak: ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.rang] | ڤارڠ

Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan laut, Chirocentrus dorab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parang (kata nama)
Bersinonim dengan bedama, bendo, candung, dodong, golok, kudi.,

Puisi
 

Bukannya parang hulu permata,
     Parang sakti tidak berulu;
Bukan sekarang saya berkata,
     Sudah terjanji dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cuttingpemotonganHerbaTiadaKaedah mengurangkan saiz bahan mentah tumbuh-tumbuhan keras seperti batang atau akar kayu yang melibatkan proses memotong, membelah atau menghiris dengan menggunakan alat pengisar khusus dan alat pemotong seperti parang. Kaedah ini merupakan peringkat pertama dalam proses penyerbukan bahan mentah tumbuh-tumbuhan. Contohnya, pemotongan akar tongkat ali menggunakan alat pengisar pisau untuk menghasilkan potongan kecil sebelum diserbukkan.
folk balladbalada rakyatKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang biasanya dipersembahkan secara nyanyian. Balada rakyat merupakan salah satu bentuk seni sastera yang awal dan wujud dalam tradisi lisan. Balada rakyat tidak mempunyai nama pengarang, sebaliknya dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara lisan. Balada rakyat biasanya ditulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dari segi susunan plot serta bahasa. Balada ini lahir dalam masyarakat pratulisan dan dipersembahkan secara nyanyian lisan. Tema balada rakyat mementingkan nilai yang bersifat heroik atau kewiraan watak yang penting dalam masyarakat tradisi. Oleh sebab balada rakyat berkembang secara lisan, maka wujud pelbagai tokok tambah dan penceritaannya dari semasa ke semasa. Contohnya, Liyangkit Parang Sabil di Selatan Filipina yang menceritakan kisah pahlawan Islam menentang penjajahan Sepanyol.

Kembali ke atas