intimate partner violence | keganasan pasangan intim | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan antara pasangan intim seperti suami isteri, pasangan kekasih dan pasangan bersekedudukan yang melibatkan penderaan fizikal, psikologi dan seksual. |
intimate partner homicide | bunuh pasangan intim | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan antara pasangan intim seperti suami isteri, pasangan kekasih dan pasangan bersekedudukan yang menyebabkan kematian mangsa. |
Cooper pair | pasangan Cooper | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor. |
microsatellite DNA | DNA mikrosatelit | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Unit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 1 hingga 6 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali. Contohnya, ulangan dengan 2 pasangan bes berturutan, 3 pasangan bes berturutan atau 4 pasangan bes berturutan. |
power couple | pasangan hebat | Umum | Tiada | Pasangan suami isteri yang kedua-duanya sangat berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. |
spouse abuse | aniaya pasangan | Kejururawatan | Tiada | Penderaan pasangan dengan tindakan kejam dan memudaratkan, yang salah di sisi undang-undang. |
pair-wise whole-genome alignment | penjajaran pasangan seluruh genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses perbandingan antara dua genom untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan di antara pasangan genom tersebut dari segi jujukan molekul, lokasi gen dan lain-lain. |
income coverage readjustment | penyelarasan perlindungan pendapatan | insurans | Tiada | Pendapatan yang diberi kepada pasangan yang ditinggalkan setelah kematian pemberi nafkah utama, bagi mengurangkan beban kewangan sehingga pasangan tersebut mampu berdikari. |
coherence length | jarak koherens | Fizik | Nanoteknologi | Jarak berkesan sebarang gangguan setempat yang dapat tersebar dalam bahan superkonduktor. Jarak ini merupakan dimensi untuk pasangan elektron yang dikenali sebagai pasangan Cooper. Jarak ini adalah dalam julat 2 nm - 10(2) nm. |
childless couple | pasangan tanpa anak | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |