pathology | patologi | Perikanan | Akuakultur | Bidang kajian berkaitan dengan punca, mekanisme perkembangan penyakit, perubahan struktur sel dan kesan perubahan sel. |
pathology | patologi | Kejururawatan | Tiada | Kajian tentang sebab-sebab dan ciri-ciri penyakit, serta perubahan struktur dan fungsi tisu akibat penyakit. |
pathological gambling | perjudian patologi | Perubatan | Psikiatri | Ketagihan atau keinginan yang sangat kuat untuk berjudi dan sukar untuk berhenti, walaupun mengetahui akibat buruknya. |
pathological stealing | pencurian patologi | Perubatan | Psikiatri | Keinginan atau desakan untuk mencuri barangan dan biasanya dilakukan bukan untuk kegunaan peribadi atau keuntungan kewangan. |
pathological fire-setting | pembakaran patologi | Perubatan | Psikiatri | Perbuatan membakar yang dilakukan oleh seseorang kerana dipengaruhi oleh penyakit mental, terencat akal, alkohol atau dadah. |
granuloma | granuloma | Perikanan | Akuakultur | Perubahan patologi tisu ikan yang menyerupai ketumbuhan yang terbentuk sebagai tindak balas kepada jangkitan, keradangan, atau kehadiran bahan asing ke dalam sistem badan ikan. Pembentukan granuloma terhasil daripada pengumpulan dan penggandaan sel-sel makrofaj semasa ia membendung bahan asing seperti patogen bakteria, kulat dan cacing daripada merebak ke bahagian lain. |
atrophy | atrofi | Perikanan | Akuakultur | Perubahan patologi yang berlaku pada bentuk sel, tisu atau saiz organ akibat daripada jangkitan atau mutasi yang boleh menghalang pertumbuhan sel normal. |
acidosis | asidosis | Kejururawatan | Tiada | Keadaan patologi akibat penimbunan asid ataupun kehilangan bes daripada tubuh dan pH darah kurang daripada 7.35 yang dicirikan oleh peningkatan konsentrasi H+. |
histopathology | histopatologi | Perikanan | Akuakultur | Bidang/cabang ilmu/kajian patologi yang melibatkan analisis perubahan struktur dan fungsi tisu, serta organ ikan yang menyebabkan atau disebabkan oleh penyakit pada peringkat mikroskopik atau pada peringkat sel untuk mengesan sebarang penyakit atau keabnormalan. |
role reversal | saling ganti peranan | Sains Kesihatan | Tiada | Teknik terapi yang melibatkan ahli patologi pertuturan berperanan sebagai pesakit dan pesakit pula berperanan sebagai pakar terapi. |