Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patut;

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Memberi barang kepada kera.

Bermaksud :

Mempercayai orang yang tiada patut dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vertical equityekuiti menegakEkonomiTiadaPrinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak.
nursing evaluationpenilaian kejururawatanKejururawatanTiadaLangkah terakhir dalam proses kejururawatan yang membenarkan jururawat memutuskan sama ada sesuatu perancangan itu berkesan, patut diteruskan, disemak atau ditamatkan.
loss reserverizab kerugianinsuransTiadaAnggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Tarif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer.
optionally renewableboleh baharu beropsyeninsuransTiadaKontrak insurans kesihatan yang memberi insurer sepenuh hak untuk membatalkan perlindungan pada ulang tahun atau dalam beberapa hal, pada tarikh premium patut dibayar. Insurer tidak berhak berbuat demikian pada masa di antara tarikh tersebut.
losses incurred but not reportedkerugian tertanggung belum laporinsuransTiadaKerugian yang telah berlaku tetapi belum dilaporkan kepada insurer atau reinsurer. Pada akhir setiap tempoh kewangan, insurer patut menyediakan rizab untuk menampung kos kerugian sedemikian.
market economyekonomi pasaranEkonomiTiadaEkonomi yang bergantung pada kuasa pasaran untuk menyelesaikan masalah utama ekonomi, iaitu apa yang perlu dikeluarkan, bagaimana untuk dikeluarkan, dan untuk siapa dikeluarkan. Kuasa pasaran (permintaan dan penawaran) akan menentukan harga, yang penting sebagai petunjuk tentang jenis barang yang patut dikeluarkan dan yang dibeli, dan juga kaedah penggunaan sumber dan agihan pulangan sumber tersebut. Prasyarat kepada sistem ekonomi ini ialah sumber-sumber ekonomi bebas dimiliki oleh individu, dan pengeluaran dijalankan secara bebas tanpa campur tangan pihak tertentu seperti kerajaan.

Kembali ke atas