Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.wang] | ڤاوڠ

Definisi : 1. orang yg mempunyai kebolehan utk melakukan sesuatu (biasanya dgn mengguna­kan kuasa ghaib); 2. orang yg pandai meng­ubati orang sakit dll (dgn menggunakan jampi mantera dll), bomoh, dukun; ~ belat (jermal, kelong) orang yg menangkap ikan dgn belat (jermal, kelong); ~ buaya orang yg pandai menangkap buaya; ~ buru = ~ pemburuan orang yg ahli dlm hal memburu; ~ darat pawang yg bertugas di darat (tidak di laut); ~ gaharu (kapur) pawang yg bijak dlm hal-hal mengutip gaharu (kapur); ~ gajah orang yg pandai menangkap serta menjinak­kan gajah; ~ hujan orang yg pandai menolak (menjauhkan) hujan; ~ hutan orang yg ahli mengenai hutan; ~ kapal jurumudi; ~ laut (pukat) ketua kumpulan nelayan; ~ lebah orang yg pandai mencari manisan lebah; berpawang meminta pertolongan pawang utk mengubati penyakit dsb: puas sudah kami berbomoh dan ~; perpawangan hal (amalan, pengubatan dsb) yg berkaitan dgn pawang: kehadirannya di pentas perbomohan, perdukunan atau ~ memberi tokoh itu keistimewaan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.wang] | ڤاوڠ

Definisi : 1 orang yg mempunyai kebolehan istimewa melakukan sesuatu, biasanya dgn menggunakan kuasa ghaib. 2 orang yg pandai mengubati orang sakit dgn jampi dll; dukun; bomoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pawang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pawang (M.)pawangKesusasteraanTiadaOrang yang mempunyai keahlian yang istimewa dalam perubatan dan ilmu ghaib. Contoh: dukun, pawang buaya, pawang hujan.
healerbomoh; dukun; pawangVeterinarTiadaTiada
pelipur lara (M.)pelipur laraKesusasteraanTiadaOrang yang menuturkan cerita lipur lara. Contoh: Pawang Ana dan Pak Mahmud.
incantationmanteraKesenianDrama dan TeaterBentuk seni pengucapan bersifat mistik dan ungkapan hikmat secara berpuisi untuk menyeru makhluk halus yang mengisi alam semesta bagi memulihkan semangat manusia. Pengucapan mantera dalam sesebuah persembahan tradisi merupakan pemula dan penutup persembahan dan hanya dilakukan oleh pemain yang bertaraf bomoh dan pawang seperti Tok Dalang, Tok Peteri dan Tok Bageh.

Kembali ke atas