cluster subdivision | pecah milik berkelompok | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Suatu sistem pecah milik tanah secara berkelompok. |
shotgun sequencing | penjujukan pecah selerak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menentukan jujukan DNA sesuatu genom organisma. Penjujukan pecah selerak melibatkan pembahagian genom kepada jujukan fragmen-fragmen DNA yang kecil. Perisian komputer tertentu menggunakan pertindihan jujukan DNA tersebut untuk menghasilkan semula jujukan yang betul seperti genom organisma asal. |
point of attack | pecah cerita | Kesusasteraan | Tiada | Permulaan cerita yang biasanya bermula selepas eksposisi atau pada permulaan persembahan. Permulaan cerita biasanya ditemui dalam teater tradisional. Selepas pecah cerita, aksi akan menuju komplikasi, seterusnya menuju klimaks (puncak) dan penyelesaian komplikasi utama. Lihat juga puncak. |
leak before break (LBB) | bocor sebelum pecah | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kebocoran yang dikesan pada komponen reaktor nuklear apabila bahan penyejuk mengalir keluar sebelum komponen tersebut pecah. |
steam generator tube rupture (SGTR) | tiub penjana stim pecah | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan yang berlaku apabila salah satu atau beberapa tiub di dalam penjana stim loji nuklear pecah atau bocor. |
ibarat | ibarat | Kesusasteraan | Puisi | Suatu bentuk puisi tradisional yang digunakan untuk mengumpamakan atau membandingkan sesuatu kenyataan dengan sesuatu kenyataan yang lain, seperti alam. Pada kebiasaannya penggunaan bentuk ini dimulakan dengan perkataan umpama, ibarat, laksana, bagai, seperti dan sebagainya. Contohnya, perumpamaan di bawah. Laksana telur sesangkar pecah sebiji pecah semua. lbarat burung, mata terlepas badan terkurung. |
burglary | pecah rumah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah harta benda yang melibatkan tindakan memasuki premis seperti rumah atau bangunan tanpa kebenaran atau hak yang sah, bertujuan untuk melakukan jenayah curi. |
severance | pecah-pisah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
commercial burglary | pecah masuk komersial | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memasuki premis komersial seperti pejabat, kedai, stor atau lain-lain tanpa izin pemilik premis, bertujuan untuk mencuri. |
broken family | keluarga pecah belah | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |